3/10/2023 BAGAIMANA RASULULLAH MENYANTUNI SAHABATNYA YANG SERING MERASA RENDAH DIRI Coretan kali ini, cuba saya usahakan berkongsi kisah tentang seorang sahabat Nabi yang jarang-jarang sekali kita dengar namanya. Bahkan, saya sendiri pernah mendengar cerita tentang sahabat ini, namun sudah terlalu lama sehinggakan terlupa sudah nama beliau. Maafkan saya duhai sahabat Rasululullah. Makanya, hari ini saya memilih untuk bercerita tentang dirimu, wahai kekasih Nabi Muhammad S.A.W., Saidina Zahir bin Haram. Moga Allah pandang usaha kecil kita ini. Cerita beliau saya kembali teringat kerana... "Hang pernah dak dengaq ceqita macam mana Nabi bersikap terhadap sahabatnya yang agak insecure dengan diri dia. Dia rasa sangat rendah diri sebab dia ni fakir miskin, tak segak, tak pandai, bukan budak bandar. Sampai, suatu hari tu, Nabi bergurau nak juai dia kat pasar sambil peluk dia dari belakang... Cuba hang google tengok nama sahabat Nabi ni, aku i...
20/4/2023 Suatu hari ni, saya diberi amanah untuk mengganti sebuah kelas murid tahun 6. Kelas murid-murid yang sudah terbiasa dengan gelaran 'murid kelas belakang', 'budak-budak ketinggalan' dan bermacam lagi panggilan yang dikhaskan untuk mereka. Sebenarnya, sudah banyak kali menjadi guru ganti kelas tersebut. Jadi walaupun tidak ingat sangat semua nama mereka, saya masih dapat kenal muka setiap seorang. Bagusnya, anak-anak ini juga rajin sapa dan tegur jika bertemu kami di mana-mana dalam kawasan sekolah, sekalipun kami bersepuluh hanya guru praktikum di situ. Perkara ini membuatkan saya sentiasa percaya, akhlak seseorang murid bukanlah berdasarkan mereka dari 'kelas depan' atau 'kelas belakang'. Yaa, nakal memang nakal, sekolah mana sahaja yang tiada murid nakal. Namun, entah mengapa hati saya sentiasa tertarik untuk mengenali 'budak-budak kelas belakang' ini dengan lebih dekat. Tetapi tidaklah bermaksud, saya...
SEORANG PEREMPUAN YANG DIPUKUL MASA LALU 20/9/2025 Ada seorang perempuan yang pernah dipukul masa lalu diseret langkah, tangan rakus membalut luka rindu berdirinya tempang, ditertawa awan-awan sendu bodoh membisu sehingga dia kembali jatuh, tapi tidak lagi melulu atau sekalut dulu untuk bangun kerana katanya pada aku "tidak semua luka dan duka itu perlu sembuh dengan cepat"
Comments
Post a Comment