KISAH PESAKIT KEMURUNGAN (MDD)
KISAH PESAKIT KEMURUNGAN (MDD) 8/11/2025 Apa sebenarnya yang kerap dirasakan oleh pesakit kemurungan seperti aku? Sakit ni selalu buat aku rasa kosong. Ada juga sedih, marah, kecewa tapi yang paling menyakitkan, bila mana aku cuma rasa kosong. Dalam erti kata lain, aku tak dapat nak kesan emosi aku. Dan setiap kali perasaan tu datang, pipi aku akan basah dengan air mata. Aku sendiri tak dapat faham, apa yang aku rasa dan kenapa aku macam ni... Kata doktor, sakit ni dah lama ada dengan aku. Senang cerita, sejak aku kecil. Tanpa aku sedar, 'dia' ikut aku selama ni. Macam bayang-bayang raksasa yang ikut sahaja aku dari belakang, seolah tidak akan mendatangkan bahaya. Hanya ikut aku ke masa sahaja. Rupa-rupanya, 'dia' sedang cari masa yang sesuai untuk telan aku. Tahu, kali pertama masuk ke bilik doktor, aku cuma menangis. Bukan sekejap yaa, rasanya hampir 30 minit aku menangis dengan teruk. Itu kali pertama sepanjang 2...