DI BALIK TIRAI SEPI ITU

 

DI BALIK TIRAI SEPI ITU
(7/10/2021)

 
di balik tirai sepi itu, tubuh lemah ini akur

untuk jatuh…rebah seketika, berbaring

membiarkan mata meluah segala rasa

letih…penat, sakit!!! 

berkali-kali ditolak dunia


dalam sedar 

 telinga ini tersenyum mendengar

lenggok ayat-ayat cinta, menari ikhlas

cuba menyembuhkan luka

yang semakin parah

kerana dosa yang  semakin membarah


dalam sepi keterlukaan, 
hati ini menjerit kuat

“aku hanya rindu untuk saat itu…hanya rindu…”

 

Comments