SAIDINA ZAHIR BIN HARAM, ORANG MISKIN YANG MENGAJAR KITA

3/10/2023

BAGAIMANA RASULULLAH MENYANTUNI SAHABATNYA YANG SERING MERASA RENDAH DIRI

    Coretan kali ini, cuba saya usahakan berkongsi kisah tentang seorang sahabat Nabi yang jarang-jarang sekali kita dengar namanya. Bahkan, saya sendiri pernah mendengar cerita tentang sahabat ini, namun sudah terlalu lama sehinggakan terlupa sudah nama beliau. Maafkan saya duhai sahabat Rasululullah. Makanya, hari ini saya memilih untuk bercerita tentang dirimu, wahai kekasih Nabi Muhammad S.A.W., Saidina Zahir bin Haram.
Moga Allah pandang usaha kecil kita ini.

Cerita beliau saya kembali teringat kerana...

    "Hang pernah dak dengaq ceqita macam mana Nabi bersikap terhadap sahabatnya yang agak insecure dengan diri dia. Dia rasa sangat rendah diri sebab dia ni fakir miskin, tak segak, tak pandai, bukan budak bandar. Sampai, suatu hari tu, Nabi bergurau nak juai dia kat pasar sambil peluk dia dari belakang... Cuba hang google tengok nama sahabat Nabi ni, aku ingat belakang dia bin Haram jaa."

    "Aku qasa macam pernah dengaq juga kisah sahabat ni, tapi tak ingat pulak nama dia. Sat aku tengok. Betuilaa... Nama sahabat ni, Zahir bin Haram."

    "Bila kita baca kisah dia, kita akan dapat tengok akhlak Rasulullah dalam menyantuni sahabatnya yang sering  rasa rendah diri. Baginda tau, Zahir ni tak dak apa-apa pun. Tapi, tetap sahaja buat Zahir rasa diri dia sangat berharga, bernilai."

    Sebenarnya, agak pelik kisah Saidina Zahir tiba-tiba mendapat ruang dalam perbualan kami adik-beradik. Sebab asalnya, rancak bertikam lidah nak menangkan cara diet masing-masing 😂 Cuma waktu abang asyik menggosok bajunya, tiba-tiba sahaja, dia tanya tentang sahabat Nabi seorang ni. Saya pun mula tertarik untuk dengar, pasti ada sesuatu yang penting daripada kisah sahabat ini. Oleh yang demikian, saya mahu merebut peluang yang ada untuk berkongsi kisah Saidina Zahir bin Haram hasil daripada pencarian di media sosial.  Ingin juga saya ingatkan, perkataan insecure yang ditulis dalam penulisan ini, bukanlah bermaksud kami memandang rendah terhadap Saidina Zahir bin Haram, cuma perkataan itu digunakan untuk memudahkan penulis dan pembaca memahami situasi dan perasaan Saidina Zahir ketika hayatnya.

Diriwayatkan oleh Saidina Anas bin Malik 
رضي الله عنه:

أن رجلا من أهل البادية كان اسمه زاهر بن حزام أو حرام ، قال : وكان النبي صلى الله عليه وسلم يحبه وكان دميما ، فأتاه النبي صلى الله عليه وسلم يوما وهو يبيع متاعه ، فاحتضنه من خلفه وهو لا يبصره ، فقال : أرسلني ! من هذا ؟ فالتفت فعرف النبي صلى الله عليه وسلم ، فجعل لا يألو ما ألزق ظهره بصدر النبي صلى الله عليه وسلم حين عرفه ، وجعل النبي صلى الله عليه وسلم يقول : من يشتري العبد ، فقال : يا رسول الله ! إذا والله تجدني كاسدا ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم : لكن عند الله لست بكاسد ، أو قال : لكن عند الله أنت غال

Anas (may Allah be pleased with him) said,
“There was a man from amongst the Bedouins whose name was Zahir bin Haram. Whenever he came to Medinah for a need, he brought something for the Prophet (S.A.W.) as a gift, like cottage cheese or butter. Likewise, when the Prophet (S.A.W.) would prepare something to give to him whenever he wanted to leave, such as dates and so on.
The Prophet (S.A.W.) used to love him and say, “Zahir is our Bedouin and we are his city dwellers.”
Zahir was not very good looking. One say, Zahir (may Allah be pleased with him) left the desert and came to Allah’s Messenger (S.A.W.) but did not find him. He has some merchandise to sell so he went on to the market place.
When the Prophet (S.A.W.) found out about his arrival, he went to the market place looking for him. When he arrived, he saw him selling his merchandise with sweat pouring down from his face. He wore Bedouin clothers which did not smell good either. The Prophet (S.A.W.) hugged him tightly from behing, while Zahir was unaware and could not see who it was.
Zahir became scared and said, “Let me go! Who is this?!” But the Prophet (S.A.W.) remained silent. Zahir tried to release himself from his grip and started to look right and left. When he saw the Prophet (S.A.W.) he relaxed and calmed down, placing his back against the Prophet’s chest. The Prophet (S.A.W.) began to joke with him, saying to the public: “Who will buy this slave?! Who will buy this slave?”
Thereupon, Zahir looked at himself and thought of his extreme poverty, for he had neither wealth or good looks.
He said, “You will find me unmarketable, O’ Messenger of Allah.”
The Prophet (S.A.W.) said, “But you are not unmarketable with Allah. You are very precious to Allah.”

    Kesimpulannya, benarlah firman Allah dalam Surah al-Hujurat (19). Dia Yang Maha Esa tidak pernah menilai kita kerana siapa kita, dari mana asal kita, dengan siapa kita hidup, dengan apa kita nafkahi diri dan lain-lain. Cuma yang Allah pandang ialah benih-benih ketakwaan dalam diri kita yang semakin tumbuh elok menjadi pohon iman yang redup. Takwa ialah asas pembentukan cara hidup seorang hamba terhadap Tuhan. Beramal dengan takwa, pastinya dapat menjaga diri daripada terus bergelumang dengan dosa.

    Ada takwa, mustahil kita memilih bersikap angkuh di hadapan orang-orang miskin. Kefahaman yang baik tentang takwa, akan menyebabkan seorang pelajar berasa risau untuk meniru dalam peperiksaan. Seorang pemimpin, mana mungkin mahu menerima rasuah, sekiranya dia berpegang dengan konsep takwa yang sebenar. Dunia ini akan baik-baik sahaja, keadilan akan menjadi tonggak kepimpinan. Namun, ia perlu dilaksanakan dengan ketakwaan yang bersunguh-sungguh kepada Tuhan, sehinggakan kita sentiasa berasa malu untuk terus membiarkan setiap detik berlalu dengan
penuh sia-sia dalam dunia kemaksiatan.
SAIDINA ZAHIR BIN HARAM, ORANG MISKIN YANG MENGAJAR KITA: 1.
Yakinlah kepada Allah
- Jalani hidup supaya Allah suka kita, sekalipun manusia hanya tahu mengecam - Allah yang paling Maha Memahami kondisi setiap makhluk-Nya,
maka mintalah kepada Dia selalu.

2. Tetaplah memberi, walaupun kita kurang berkemampuan
- Beliau sangat gemar memberi hadiah kepada Baginda S.A.W., kerana hadiah ialah salah satu perkara yang dapat mengikat hati seseorang
- Tak ada duit nak beli hadiah, masih boleh manfaatkan kesihatan fizikal kita untuk memudahkan urusan orang lain. Contohnya, buang sampah, duri, kaca dan apa-apa sahaja yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya. (Utamakan keselamatan diri sendiri juga 😁)

3. Tetaplah memelihara hubungan dengan orang lain dengan cara yang kita mampu
- Beliau berusaha meraikan Rasulullah dengan caranya yang tersendiri
- Beliau seorang miskin, namun berusaha untuk tidak menyukarkan orang yang berurusan dengannya


Source: Enjoy your life, Topic 9, with the poor by Dr. Mohammad Abdulrahman Al-Arifi
The lives of companions: ‘Zahir Ibn Haram’
[Al-Bayhaqi, ‘Sunan al-Kubra’, 10/248 [found in Musnad Ahmad, Musnad Abi Ya’la and Bazzar with slight variations] – graded as saheeh by Ibn Katheer in ‘Al-Bidaayah’, 6/48; Ibn Hajar in ‘Al-Isaabah’, 1/542; Al-Haythami in ‘Majma az-Zawa’id’, 9/371 (#15979) and al-Albani in ‘Takhreej Mishkat al-Masabih’, 4815 (see also ‘Mukhtasar Shama’il’, 204)]



Insecurity involves an overall sense of uncertainty or anxiety about your worth, abilities, skills, and value as a person, conveying the message that you’re at risk or in danger of something or someone. That negative impacts of insecurity could be physical, mental, or emotional. Without security, you can’t accomplish full trust or function to your fullest potential.

SEBAB-SEBAB INSECURE:

  • Lack of family emotional support:
     
    People with a loving, supportive family are less likely to deal with insecurity

  • Lack of physiological need satisfaction: 
    When people are insecure in their food, housing, and safety needs, they struggle to move on to satisfying psychological needs like security

  • Lack emotional intelligence:
     
    Those with low emotional intelligence can’t accurately monitor the feelings of themselves and others, leading to unhealthy relationships and less trust

  • Lack of openness: 
    When people aren’t open, curious, and comfortable with new people and situations, they note more stress and fear, resulting in lower security

  • Lack of agreeableness:
     
    Disagreeable people tend to have more interpersonal conflicts due to not being helpful, supportive, or empathetic. These qualities produce a sense of risk in social situations and less security

  • An underlying mental health condition: 
    Mental health conditions like anxiety and depression have a bidirectional relationship with insecurity. Personality disorders like borderline personality disorder and narcissistic personality disorder also have a connection to insecurity.4

  • An over-dependence on others:
     
    As people become dependent on people or relationships, their insecurity grows as they perceive risk in the relationship ending.2

    Nak tahu banyak lagi tentang insecure,
  • boleh dapatkan maklumat daripada pautan berikut:
    https://www.choosingtherapy.com/insecurity/

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

SAYA RINDU AYAH

CERPEN: RAKUS (masih dalam proses suntingan idea)