GILA
GILA
(2/11/2021)
kata mereka
dia gila
namun
batinnya menjerit “aku tak gila laa!!!”
jika benar
gila, pasti perut mereka sudah dirobek belati
tapi aku cuma menikam mereka dengan tajam senyum
mana yang
gila, khabarkan aku siapa yang lebih gila
mereka atau aku?
matahari
ketawa melihat ragam manusia
berlagak
waras hakikatnya sudah gila
cemuh langit, kerana perlu
memayungi orang banyak wajah
penat pokok berdiri memberi teduh
lalu dibunuh begitu saja
semuanya
angkara 'manusia gila'
senyum pun kedekut
masih berani mengaku hebat
Comments
Post a Comment