KITA YANG PERNAH HILANG
'KITA' YANG PERNAH HILANG
(13/6/2021)
sahabatku…percayalah
masih ada
manusia yang prihatin kepadamu
yang tidak
akan senyum kepadamu tetapi berniat sinis
yang akan
menjadi tongkat, kala kamu mahu rebah
yang tidak
akan ketawa kalau kau cuba berubah
yang turut
menangis jika kalian lagi lelah untuk pasrah
mereka ada untukmu, kerana Tuhan mahu kamu tahu
kamu tidak
lagi keseorangan dalam perjuangan ini
bangkit dan
carilah dirimu yang pernah hilang
bila kau
sudah kuat, berjanjilah
jangan dilupa
mereka yang masih diuji
mohonlah
kepada Tuhan yang mengasihani
agar sahabat lamamu tidak terus tersesat
dalam usaha meraih makna sebuah 'kehilangan'
Comments
Post a Comment