PUISI: LELAKI YANG MENGGENDONG DOSA
LELAKI YANG MENGGENDONG DOSA
(7/6/2021)
ia berselingkuh dengan tuntutan Tuhan
jari-jari laju menari, mencari kepuasan
untuk santapan sang nafsu durjana
malam menghulur salam simpati
persoalan
demi persoalan
terpapar
di layar gelisah, hati terjahit resah
“hari ini, sudikah Tuhan memaafkan khilaf diri?”
“apa esok, dosa yang sama ku ulang lagi?”
sehingga akhirnya aku
memilih untuk tetap tidur
dalam dosa yang masih terjaga
bersama noda yang tetap ada
dan rasa bersalah
itu terlalu sakit
untuk disimpan sendiri
ingin dikongsi
aku tidak akan pernah mampu
kerana agamaku berpesan
"adab kepada diri ialah aib dijaga"
Comments
Post a Comment