YANG ADA HANYA KATA SIAL
YANG ADA HANYA KATA SIAL
(15/6/2021)
kisah
seorang hamba yang hidup dalam keliru
setiap
hari, pakaiannya bercorak tipu
tahu itu palsu…bukannya dia tak mahu
berusaha mencari diri yang pernah hilang dalam rindu
Tuhan,
dengarkan lagi
mengapa
senyum kami, hanya dibalas tajam sinis?
mengapa
salam kami, tidak pernah dijawab manis?
mengapa msyarakat terus menghukum kami dalam prejudis?
adakah
kerana corak pakaian kami yang berbeza
kami perlu hidup dalam pura-pura
sedang hakikatnya…kami sendirian
sakit cuba menjadi seperti asal fitrah
tiada
yang peduli, yang ada hanya kata sial!
Tuhan,
masihkah Kau dengar suaraku?
suara
yang tetap memanggil-Mu tanpa jemu
walau
diri penuh noda-noda baru
Tuhan…siapa
pun aku
beri
aku peluang itu…
kesempatan
untuk terus memanggil-Mu…
dan semoga, kami kuat untuk
kembali menjadi kami yang 'dulu'
Comments
Post a Comment