WANITA YANG MEMIMPIN
WANITA YANG MEMIMPIN
(18/8/20)
Sekeping jiwa milik seorang wanita
seakan permata kuat yang tidak akan pecah seperti kaca
dirinya harus tabah, gagah
dan megah
mendepani pahit perit dunia, seorang diri
kerana penakluk tulang rusuknya tidak lagi memeluk
maka dia harus terlihat ampuh di hadapan dua malaikat kecil
dia akur jika dulu ada yang sudi memimpin syurga kecil mereka
kini tinggallah dia wanita yang memimpin
Comments
Post a Comment