CIKGU, ROSLAN PUN NAK BELAJAR

 

CIKGU, ROSLAN PUN NAK BELAJAR…
(20/5/2021)

 

Cikgu, Roslan pun nak belajar
tapi, keadaan memaksa Roslan untuk beralasan
dunia Roslan tak sama dengan dunia cikgu
ya, Roslan tahu kita berdua bukan berada
tapi, cikgu ada hati yang kaya dengan bahagia
Roslan pula, bernafas dengan bermacam persoalan 
yang menyesak kantung jiwa milik tubuh kecil ini

 cikgu, Roslan pun nak belajar
tapi kenapa terlalu sukar diri nak ke kelas
Roslan bukan malas, jauh sekali bersikap culas

tengok kawan-kawan  yang teruja membaca iqra’
Roslan pun nak baca juga
tapi, tak mudah cikgu 
sebab Roslan hidup dalam resah
sedang ‘mereka’ langsung tidak kisah

 Cikgu, Roslan pun nak belajar
tapi, kenapa dunia seolah menghukum anak ini
Roslan tersisih sebab mereka terus menolak
sehingga Roslan jatuh, tapi tiada yang sudi sambut
masyarakat yang kejam atau Roslan saja terlalu prejudis???

 kerana itu, dengarkan pinta anak terkecewa ini
Roslan mohon supaya cikgu
tetap setia berdoa kepada Dia Yang Maha Mendengar
agar kelak, Roslan pun boleh belajar
kalau cikgu hanya membisu
siapa lagi nak doakan seorang Roslan???


 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

SAYA RINDU AYAH

CERPEN: RAKUS (masih dalam proses suntingan idea)

SAIDINA ZAHIR BIN HARAM, ORANG MISKIN YANG MENGAJAR KITA