LELAKI ITU

 

LELAKI ITU
(12/6/2021)

 Lelaki itu
berdirinya tegak
dengan baju yang kemas, tampak sungguh segak
berjaya memaku pandanganku hanya pada  dia

 hakikatnya, waktu sedang asyik ketawa sinis 
kerana seorang aku cuba membaca
 seraut wajah yang setia
melakukan kerja sungguh penuh cakna

“Ahh!!! kenapa kamu boleh terlalu tenang?
tidak tahukah kamu
global kini diserang virus yang galak
politik negara kita sedang bergolak
banyak pemimpin hanya tahu rancak bergelak
hati rakyat semakin  terkoyak rabak”

 sia-sia saja, cuma batinku yang
penuh dengan rasa tanya
lelaki itu, tidak akan pernah mendengar
bagaimana dia akan membalas rasa ini?

tidak mengapa,
kan ku terus mendapatkan jawapan
di balik anak mata itu yang cuba berkata
“semuanya pasti baik-baik saja”
“semua ini sudah berlaku dan pasti berlalu”

dia cuba berbicara dengan takdir
walau mungkin, hatinya ketika itu
berlangitkan mendung  harapan
semoga 'hujan' tidak terus membasahi
nuansa nusa kita...

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

SAYA RINDU AYAH

SAIDINA ZAHIR BIN HARAM, ORANG MISKIN YANG MENGAJAR KITA

CERPEN: KASIH ABANG (belum siap)