REGINA LOUISE

 

REGINA LOUISE
(31/7/20)

 

jika manusia hanya melihat hitam dan putih

lalu bagaimana dengan indah pelangi

sedangkan Dia mencipta hitam bersama putihnya

rindu, tangis hitam juga bersaksikan  dinding putih

 

sangka hitam, putih sudah mati dibunuh kata dunia

putih ingat, hitam sudah dihempap besi diskriminasi

semuanya kerana warna tanah yang tidak sama

mereka lupa Tuhan  Yang Esa

 

di sisi lain, ada suara menjerit

hitam nak jadi putih

sedangkan kebenarannya …

hujan juga dihantar awan hitam

jatuh di pipi mulus putih

 dingin …tenang

 

Regina, aku yakin

kelak, sepet mataku pasti menyapa bundar milikmu

 

 

Comments

Popular posts from this blog

SAYA RINDU AYAH

CERPEN: RAKUS (masih dalam proses suntingan idea)

SAIDINA ZAHIR BIN HARAM, ORANG MISKIN YANG MENGAJAR KITA