SELESA, SEDERHANA DAN BERMAKNA
SELESA, SEDERHANA DAN BERMAKNA
(6/3/2022)
kelmarin aku pilih untuk selesa
setelah seharian menahan rasa
untuk tampak biasa-biasa saja
hari ini pula, aku mahu sederhana
supaya tidak terlalu cepat kecewa
sehingga memilih untuk berputus asa
esok, aku ingin sebuah cerita yang bermakna
dikongsi bersama saat nanti kita bersua
dengan harapan, diri tidak lagi saling terlupa
memasung cita dan cinta seorang siswa
yang berdiri dan duduknya
di bawah lembayung yang sama
bangkitlah anak bangsa!!!
kita bangun
kembali mewarnakan citra nusa
yang semakin pudar latar kegigihannya
yang semakin hilang taring kejayaannya
dek sabar sudah pun melorot jatuh
daripada pakaian setia seorang pendidik
Teruskan berkarya sangat menyentuh dan memberikan pengajaran. Sesungguhnya sederhana itu indah.🍵
ReplyDeleteYa, sederhana itu terlalu indah jika bijak memaknakannya
ReplyDelete