PUISI: CERITA TENTANG CINTA
CERITA TENTANG CINTA
(4/2/2023)
Cinta itu perlu
kerana dengannya kita belajar
untuk bisa bersikap jujur terhadap diri
Cinta itu perlu
kerana dengannya kita belajar
untuk bisa menghormati perasaan yang lain
Cinta itu perlu
kerana dengannya kita belajar
untuk bisa menerima segala cacat dan kurang
Cinta itu perlu
kerana dengannya kita belajar
untuk bisa meraikan hal-hal yang tidak sama
Cinta itu perlu
kerana dengannya kita belajar
untuk bisa memaafkan khilaf yang disengajakan
Cinta itu perlu
kerana dengannya kita belajar
bagaimana untuk bisa sembuh
dan kembali tumbuh
setelah keadaan memaksa kita
agar duduk tak berteduh
berdiri tak bersuluh
berhati-hatilah memberi hati
agar tak cepat kecewa, cukup dengan bersikap biasa-biasa
Comments
Post a Comment