TETAP MELANGKAH

 


TETAP MELANGKAH
(13/6/2021)

untuk kamu yang sedang berjuang

dalam mencuba merebut peluang

ingin aku ingatkan kamu wahai sang pejuang

kadang kau akan rebah dalam masa dan  ruang

 
tika kau telah memilih untuk melangkah

kau akan kembali lemah

mendengar sinis mereka diikuti marah

melihat kata-kata berbau darah

menghidu tawa mereka dari semua arah

 
maka, jika kau tetap memilih untuk 'pergi'

hanya perlu tulikan telingamu

butakan matamu

tumpulkan inderamu 

untuk seketika

 
bukanlah aku 

meminta kau untuk menyerah

cuma tidak mahu dirimu

kembali  
terluka saat berserah

sehingga hilang maruah

lalu  memutuskan 

untuk tidak lagi melangkah


 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

SAYA RINDU AYAH

CERPEN: RAKUS (masih dalam proses suntingan idea)

SAIDINA ZAHIR BIN HARAM, ORANG MISKIN YANG MENGAJAR KITA