KABUS DAN HUJAN

 


KABUS DAN HUJAN
(7/10/2021)

kamu datang, biasanya melalui jalan maya
berbasa-basi sedikit, berbisik hajat lalu pergi
yaa…aku tahu kamu cuma sudi singgah  sebentar
ambil sesuatu yang mahu dan,
hilang lagi sepertimana kabus pagi
datang semula seperti hujan yang pasrah
kerana langit menjerit berteriak resah
menyambar hangat tubuh, meninggalkan  aku
berteka - teki sendiri dalam dingin

dan aku cuba bersangka yang baik-baik sahaja
dia ia mesti penat, lelah dengan gelojak dunia, dikejar pula masa
sehingga hilang upaya, menegur sahabat lama…”
mungkin juga dia  terlupa
aku dan dia, berbumbungkan langit yang sama

 

Comments

Popular posts from this blog

SAYA RINDU AYAH

CERPEN: RAKUS (masih dalam proses suntingan idea)

SAIDINA ZAHIR BIN HARAM, ORANG MISKIN YANG MENGAJAR KITA