TERHUKUM KERANA MENCINTAI
TERHUKUM KERANA MENCINTAI
(3/7/2021)
memilih mencintai dalam senyap
tidak mengapa hati
bersulamkan lara
tidak kisah andai sukma
terus tertusuk luka
bisik lelaki
itu dalam sisa nafasnya
“walau
seluruh dunia menghukum
aku tetap percaya,tidak akan pernah ada salah
bagi orang yang mencintai tanpa dicintai”
kerana
dia tahu rasanya pernah menjadi lelaki
yang dihukum kerana mencintai
Comments
Post a Comment