Posts

Showing posts with the label puisi memilih untuk merindui

KERIKIL KECIL MENGADU PADA LANGIT MALAM

Image
KERIKIL KECIL MENGADU PADA LANGIT MALAM (5/10/2021) tahukah dikau duhai insan yang dirindui Jibril… sepotong doa  telah ku hidang beralaskan kaca iman  yang sedikit retak lalu ku sembahkan pada Tuhan  yang tidak pernah culas menjaga siang dan malam “usah dibiar hati ini terus galau "tidak ingin lagi rindu ini menjadi sang gelandangan tidak bertempat, tidak berteman dipagut bisa risau” aku sedar,  bahkan  tidak akan pernah memilih untuk lupa berkali-kali batinku menjerit dalam kesepian, bahawa… "Engkau rasulku, sunnahmu ikutanku!" namun wahai sang rasul , aku ini hanya kerikil kecil yang kadang tak perlu sepak terajang manusia cukup titisan hujan dari langit yang berduka membuatku terhentak, tertolak sedikit demi sedikit sampai angin  tertawa sinis…melihatku jatuh kesakitan dalam lembah kehinaan, tanpa sempat diri ini berpaut pada dahan rapuh berharap  sarang lelabah  menyambut lembut  tubuh berdosa ini akhirnya… kerikil ini terpaksa...

TERHUKUM KERANA MENCINTAI

  TERHUKUM KERANA MENCINTAI (3/7/2021)   dia lelaki yang sederhana memilih mencintai dalam senyap tidak mengapa hati  bersulamkan lara tidak kisah andai sukma  terus tertusuk luka   bisik   lelaki   itu dalam sisa nafasnya “walau seluruh dunia menghukum  aku tetap percaya, tidak akan pernah ada   salah  bagi orang  yang   mencintai tanpa dicintai”   kerana dia tahu rasanya pernah menjadi lelaki yang dihukum kerana mencintai          

PUISI: PUNGGUK TAK LAGI RINDUKAN BULAN

Image
  PUNGGUK TAK LAGI RINDUKAN BULAN (27/10/2021) pernahkah kalian dengar hikayat yang  bercerita  "pungguk menjauh  bukannya  kerana merajuk,   tetapi  dirinya sedar tidak akan ada yang sudi memujuk"   satu juta purnama telah berlalu 'pungguk' yang dulu  sudah berani tumbuh  dewasa namun lebih berhati-hati  menatang  sedulang perasaan yang dulu pernah  terkalah  dek khilaf dalam memberi rindu terlalu memuja, dipuji  bulan   yang satu  sehingga  jadi terlupa, nirmala malam itu tidak akan pernah hilang,  lantaran masih ada bintang-bintang yang setia menunggu, dalam gelap langit