TULIP-TULIP PUTIH YANG BERHENTI TUMBUH
hari demi hari, pasti ada
sekuntum tulip putih
yang layu, melisut
lalu berhenti tumbuh
disuruh untuk pulang
walau sang mentari tetap
tegak berdiri
adakalanya memberi laluan untuk
langit menangis perlahan
namun, tetap sahaja
tulip putih menjauh
kerana tahu saatnya telah tiba
kembali membumi ke tanah asal
Comments
Post a Comment