KATANYA, MEREKA TAK TAHU APA-APA

 

KATANYA, “MEREKA TAK TAHU APA-APA…”
(20/10/2021)

 

bertemankan kesetiaan   Zaid bin Harithah

setelah diasak berkali-kali oleh kaum sendiri

bumi Taif dipilih, digenggam sekepal harapan

membawa cita dan cinta, moga ada yang sudi

 

 di sana, Thaif menjadi saksi

Muhammad al-Amin  teguh berdiri

terukir senyum ikhlas

 

 mata-mata asing  yang melihat, berniat jahat

hanya kerana Baginda mengesakan Ilahi

dan mereka pula mengingkari

 

anak-anak muda pun

terus membenci dalam bisu persoalan

 melempar batu-batu, tubuh sang rasul berdarah

kakinya terluka, kasut mula memerah

Zaid di sisi, hanya mampu pasrah… 

manusia membuatnya lelah

 

Jibril menahan amarah, ingin menghulur bantu

agar kota itu menjadi sehancur-hancur debu

sang rasul menahan, sabar katanya “mereka tak tahu apa-apa…”

 

kala dihina, diinjak-injak

dengan sabar

Baginda mendidik

 jangan pernah menghukum

insan yang salah kerana

 kadang, mungkin mereka belum tahu…

 

Comments

Popular posts from this blog

SAYA RINDU AYAH

SAIDINA ZAHIR BIN HARAM, ORANG MISKIN YANG MENGAJAR KITA

CERPEN: KASIH ABANG (belum siap)