TAKUT BERKARYA
TAKUT BERKARYA
(12/9/20)
Kaku jari ini seakanterpaku tidak tahu
apa yang mahu aku karyakan
tentang sebuah titik bermakna
yang tepat duduknya atas Kathulistiwa
untuk aku nukilkan cerita merdekanya
ia hanya langit berpayungkan raja
ia hanya pokok berdaunkan
demokrasi
dan ia hanya tanah yang dipijak banyak warna kaki
sudah lama ia merdeka: kata
akalku
tidak mahukah kau mencoret kisahnya
bukan tak mahu, tapiaku takut
bila tanah ini kembali berdarahkan merah
bukan di bumi, tapi pada hati yang amarah!!!
pasti tulisanku kelak resah
tidak seronok merdeka dengan lelah rasa marah
Comments
Post a Comment