NOVEL SEINDAH CINTA YUSUF (DILEMA GENG TIGA KACANG KETOT)

 5/8/2023

    Sementara itu, Geng Tiga Kacang Ketot sedang asyik berbual di atas pangkin bersebelahan pokok rambutan Tok Su Mid. Boleh tahan berani mereka bertiga ni, sudah laa puasa tahun lepas diperdajalkan orang tua itu.

     "Hampa dua ni dah kenapa, daqi tadi macam cacing kepanasan. Dok ke hulu ke hilir, ada apa ? Tengok  kak, rileks jaa makan moktan Tok Su ni. Ada masalah ceqita laa, kita tiga dah macam adik beqadik. Peninglaa kak dengan hampa dua ni. Yang soqang tu dah macam esok lusa ni nak buka sekolah. Padahai cuti baqu jaa mula. 

    "Cuti memang baru start kak oii, masalah dia kami dua kena paksa pi kelas Bahasa Arab esok ni kat dewan. Ishh laa, BI pun kami jenuh nak paham ni nak kena cakap BA pula. Oqang baqu nak syok-syok cuti ni. 

    "Pula dah, baguih laa pi tuisyen cuti-cuti ni. Buka sekolah nanti, tak dak laa macam katak bawah tempurung, sebab dah ada asas. Zaman kak dulu mana ada oqang nak buat tuisyen dalam kampung ni. Beruntung sungguh budak-budak kampung laa". 

    Syazwan dan Qhaleef sudahlah sedang runsing, dapat pula ketua  yang sangat tak membantu, bertambah panas hati kedua-dua sepupu itu. Geram punya pasal, sebelum beredar, sempat mereka angkat basikal Amirah letak dalam lopak air berdekatan. 

    "Ishh budak dua ekoq ni, tunggu sat. Semalam baqu jaa basuh basikat, ni sapa pula nak pi tonyoh basuh?" Bebel Amirah separuh jerit. 


    
    "Wan, aku qisau laa buatnya Ustaz tu cakap Arab dari awai sampai habih kelaih macam mana?" Luah Qhaleef kepada Syazwan. Mereka berdua menuntun basikal bersebelahan.

    "Tu laa Leef. Hang tu  Alif Ba Ta pun dok tak kenai lagi. Kesian, kesian... Buatnya esok ni Ustaz suquh  baca, masak hang! Nganga sampai ke sudahlaa jawabnya". 

 " Muhammad Syazwan Wafi, seqonok noh dok bahan aku. Hang pun dua kali lima! Quran tak lepaih. Tak dak, tak dak. Esok ni kalau aku kena baca, aku heqet hang sekali. Biaq lepa yang lain sama-sama gelak kat kita dua. Dah masuk sekolah menengah, dua-dua tak pandai baca Quran lagi".

    Sudahnya, mereka berdua hanya mampu ketawa terkenangkan nasib hari kedua cuti penggal sekolah sudah diwajibkan  masuk ke kelas tambahan. Dalam hati masing-masing, tertanya juga siapalah Ustaz yang rajin sangat nak ke dewan di hujung kampung itu semata-mata nak mengajar Bahasa Arab.

    "Jom laa Wan, kita balik. Mau tak mau esok kita jumpa sana. Bawa aku Wan, malaih pula nak kayuh. Hilang mood aku ni". Arah Qhaleef dengan suara mendatar. Basikalnya tadi  ditinggalkan begitu sahaja di pohon jambu milik Pak Abu.

    "Leef, kot ya pun maqah, cuba senonoh sikit duduk tu. Kang soqang masuk paqit, soqang terjun bendang ! " Marah Syazwan sambil matanya masih fokus pandang ke hadapan.

    Yusuf menunggang motor lebih perlahan. Bahaya bawa laju-laju ni di jalan tidak rata. Kiri kanan pula parit dalam dan sawah yang elok menghijau. 

    "Elok-elok Wan, jaga-jaga. Ada motor kat depan!!!

    Sikap dua sahabat yang degil itu akhirnya memakan diri. Nasiblah hanya jatuh di atas jalan tar. Jika tidak mesti sampai rumah  nanti kena ligan sekampung oleh mak masing-masing. Mahu taknya, balik dengan baju berlumpur bagai.

    "Wan, awat bawa loqlaq sangat, kan kita dua dah jatuh. Lagu mana nak ambik lesen moto kalau bawa basikat pun sangkut". Marah sungguh si Qhaleef. Sedangkan dia juga bersalah, tak reti nak duduk diam.

    "Hurm...Semua salah aku. Hang jaa la betui".  Kendur sahaja suara Syazwan, siapa kata lelaki tak boleh merajuk?

    "Adik berdua ok ka, maaf abang tak sengaja tadi. Motor abang terbelaga pula handel basikal adik"

"Ok bang, calaq sikit jaa ni. Abang tu lain kali hati-hati bawa motor kat jalan sempit macam ni. Hurmm, saya tak pernah nampak pun muka abang sebelum ni. Nak pi mana bang? Tanya Qhaleef sopan sedangkan lengan kirinya masih menahan pedih yang teramat. Calarnya tidaklah banyak, namun panjang. 

    "Alhamdulillah, ada juga yang tanya abang soalan ni. Pertama sekali, nama abang Muhammad Yusuf Umair bin Hamzah. Baru lagi kat kampung ni, dalam dua minggu lepas. Abang sebenaqnya tengah caqi Dewan Sri Tani. Tau dak dewan tu kat mana, abang dah lambat dah ni nak mengajaq". Yusus bertanya penuh pengharapan.

  Sebaik dengar pernyataan tersebut, Qhaleef dan Syazwan saling berpandangan. Syazwan yang seolah mengerti isyarat mata oleh Qhaleef terus berdiri tegak dengan muka tersenyum manis. Lebih tepat lagi wajah yang penuh dengan tipu helah.

"Ouhh, Dewan Tani tu, rezeki abang sungguh laa jumpa kami dua kan Leef. Meh kami tunjuk jalan. Tak jauh dah ni bang". 

Yusuf jelas berasa lega dengan pelawaan budak berdua itu. 


Comments

Popular posts from this blog

SAYA RINDU AYAH

CERPEN: RAKUS (masih dalam proses suntingan idea)

SAIDINA ZAHIR BIN HARAM, ORANG MISKIN YANG MENGAJAR KITA