CUMA ANAK LELAKI YANG SENDIRI

CUMA ANAK LELAKI YANG SENDIRI
(31/5/2025)

Tuhan, di dunia ini
aku cuma anak lelaki
yang hidupnya cukup sunyi
mendewasa sendiri, tiada yang sudi
menerima  tubuh kurus ini, mungkin geli


Tuhan, di dunia ini
aku cuma anak lelaki
yang matinya nanti juga sendiri
sepi,  menunggu jika ada langkah  berhenti
ditabur kemboja putih, atas pusara  tak beridentiti ini 


Tuhan, di dunia ini
apa aku punya kesempatan untuk tidak lagi sendiri?
kerana, setia dengan  sendiri itu, ternyata cukup melelahkan...

Comments

Popular posts from this blog

SAYA RINDU AYAH

CERPEN: RAKUS (masih dalam proses suntingan idea)

SAIDINA ZAHIR BIN HARAM, ORANG MISKIN YANG MENGAJAR KITA