3/10/2023 BAGAIMANA RASULULLAH MENYANTUNI SAHABATNYA YANG SERING MERASA RENDAH DIRI Coretan kali ini, cuba saya usahakan berkongsi kisah tentang seorang sahabat Nabi yang jarang-jarang sekali kita dengar namanya. Bahkan, saya sendiri pernah mendengar cerita tentang sahabat ini, namun sudah terlalu lama sehinggakan terlupa sudah nama beliau. Maafkan saya duhai sahabat Rasululullah. Makanya, hari ini saya memilih untuk bercerita tentang dirimu, wahai kekasih Nabi Muhammad S.A.W., Saidina Zahir bin Haram. Moga Allah pandang usaha kecil kita ini. Cerita beliau saya kembali teringat kerana... "Hang pernah dak dengaq ceqita macam mana Nabi bersikap terhadap sahabatnya yang agak insecure dengan diri dia. Dia rasa sangat rendah diri sebab dia ni fakir miskin, tak segak, tak pandai, bukan budak bandar. Sampai, suatu hari tu, Nabi bergurau nak juai dia kat pasar sambil peluk dia dari belakang... Cuba hang google tengok nama sahabat Nabi ni, aku i...
KAMI TIDAK PERNAH MEMINTA (27/4/2023) Orang seperti kami, tidak pernah meminta untuk seperti ini, hanya Tuhan Yang Maha Esa tahu, betapa kami setiap waktu berhati-hati menjaga asa agar pada hari esok, tetap mampu tumbuh mendewasa melihat tawa sang mentari, mendengar suara hujan merawat kecewa percayalah yang kami perlu, cuma sedikit simpati dan empati untuk melegakan diri yang kian hari resah, gelisah tidak mengapa jika tak mahu mendengar cerita hati kami namun jangan sampai, dipandangnya kami seakan pendosa yang tak lelah tahukah, setiap kali diri ini dihukum penuh prejudis dengan segera kami memasang perisai individualis demi menjaga sekeping hati, agar tidak terus terjerungkis menangis sendiri sampai dah tak tahu, nikmat tersenyum manis kami sakit betul-betul sakit bukan saja suka buat-buat bukan sebab kami tak lekas bertaubat tapi dada kami yang asyik diasak sempit kepala kami sibuk dijangkit bunyi-bunyi bingit ...
KISAH PESAKIT KEMURUNGAN (MDD) 8/11/2025 Apa sebenarnya yang kerap dirasakan oleh pesakit kemurungan seperti aku? Sakit ni selalu buat aku rasa kosong. Ada juga sedih, marah, kecewa tapi yang paling menyakitkan, bila mana aku cuma rasa kosong. Dalam erti kata lain, aku tak dapat nak kesan emosi aku. Dan setiap kali perasaan tu datang, pipi aku akan basah dengan air mata. Aku sendiri tak dapat faham, apa yang aku rasa dan kenapa aku macam ni... Kata doktor, sakit ni dah lama ada dengan aku. Senang cerita, sejak aku kecil. Tanpa aku sedar, 'dia' ikut aku selama ni. Macam bayang-bayang raksasa yang ikut sahaja aku dari belakang, seolah tidak akan mendatangkan bahaya. Hanya ikut aku ke masa sahaja. Rupa-rupanya, 'dia' sedang cari masa yang sesuai untuk telan aku. Tahu, kali pertama masuk ke bilik doktor, aku cuma menangis. Bukan sekejap yaa, rasanya hampir 30 minit aku menangis dengan teruk. Itu kali pertama sepanjang 2...
Comments
Post a Comment