BUNGA-BUNGA SYURGA SEDANG MENANGIS

 


BUNGA-BUNGA SYURGA SEDANG MENANGIS
(22/11/2021)

 ku intai kelambu  langit sore

berharap hujan pasti turun

 menunggu, cita  terus ku tenun

mungkinkah nanti  ada cinta berembun 

tersenyum diri  memakna sabar dan  santun

hati sudah bak serangkak dibungkus


mendung lekas datang tergesa-gesa

sampai  terlupa menjemput hujan

yang dibawa cuma

 kelopak putih bermurung

jatuh, gugur, bertebaran

rakus meragut hijau bumi


dalam ralit memerhati bingung

diri tersentak hairan

menahan getar di tangan

"ibu jariku  basah?


apakah ‘ia’,  cuba menghulur khabar lagi

“bunga-bunga syurga sedang menangis”?

 
tak mahu tahu

terus ku  melangkah 

laju  meninggalkan lantai bumi 

yang sudah berselimutkan  salju

seketika, telinga tertangkap adu

suara-suara  kecil berlagu sendu


“insan prihatin, dengarkan kami meminta

tolong dipujuk ‘bunga-bunga’ terluka

entah apalah membawa derita

semalam merajuk sampai purnama menjelma…”


“biarkan sahaja ‘mereka’ bersedih

 bukan kata yang perlu dipinta

tiada  jawapan yang boleh didamba

hanya waktu mampu memujuk”

 
kaki kembali mengorak langkah

setelah yakin bumi hijau lagi

dan kelopak putih naik bertemu awannya 

tapi kenapa telunjukku  pula basah?

 

Comments

Popular posts from this blog

SAYA RINDU AYAH

CERPEN: RAKUS (masih dalam proses suntingan idea)

SAIDINA ZAHIR BIN HARAM, ORANG MISKIN YANG MENGAJAR KITA