BERBASIKAL TUA MENGAYUH HARAPAN



BERBASIKAL TUA, MENGAYUH HARAPAN

(15/1/2022)

 
Anakndaku…

tak sudikah kau menjengukku

aku tahu, sikapku kadang membuatmu keliru

kerana aku tidak lagi sama seperti dulu

 

anakndaku…

aku rindu senyum, sapa, salammu

walau kini, kau pulang selalu

yang ku dengar hanya bisu


jujur diri ini   juga sedikit terkilan

ketika amarahmu tak terlayan

puncak ketidaksabaran

 

anakndaku…

diri  ini mungkin sudah tua

tapi percayalah, aku belum memilih untuk lupa

 tetap ingat kenangan kita berdua


bagaimana tubuh kurusku

menghantarmu ke sekolah

dengan berbasikal tua

 terus mengayuh harapan 

agar kau mengerti, di sana ada

 pelajaran yang bernama dewasa


anakndaku

tahukah kau, basikal kita

sudah pandai merajuk

kerana 'dia' sedang penat dimamah karat

Comments

Popular posts from this blog

SAYA RINDU AYAH

CERPEN: RAKUS (masih dalam proses suntingan idea)

SAIDINA ZAHIR BIN HARAM, ORANG MISKIN YANG MENGAJAR KITA