SEPI SEBATANG SUNGAI



SEPI SEBATANG SUNGAI
(4/1/2022)

 
di luar jendela

suara  hujan merintih

menangisi sahabat alamnya

yang semakin hari semakin lumpuh

kerana manusia sudah

tidak lagi ingin merawat semesta


melihat hutan yang seakan durja

langit semakin deras mencurah

membasahi lurah-lurah bukit

cuba menghilangkan sepi sebatang sungai

yang telah pun senja sebelum saatnya

 

 

 


Comments

Popular posts from this blog

SAYA RINDU AYAH

CERPEN: RAKUS (masih dalam proses suntingan idea)

SAIDINA ZAHIR BIN HARAM, ORANG MISKIN YANG MENGAJAR KITA