SEKUMPULAN BADUT

 SEKUMPULAN BADUT
(26/2/2022)


dari jauh  terlihat
seorang badut yang sedang tidak larat
sesekali dihembus nafas penat
dari pagi dia belum berehat
kerana mesti  menumpahkan keringat
dikendong  bersama 'harapan' yang kian memberat

mungkin, di sebalik kostum berwarna-warni itu
hatinya sudah lama tersemai benih  hitam  putih
di luar, tersenyum menghibur
di dalam, jiwanya  berkali-kali lebur

bagaimana lagi? 
takdir yang  memilih
memeluk 'kita'  dengan cara ini

selagi  Tuhan mengizinkan,

 pasti 'kami' sekumpulan badut
yang usianya sudah berkedut
akan terus berjiwa besar
biar kelak, sang anak tidak tersasar

daripada menjadi seorang dewasa
yang tersilap, lalu dia berputus asa
kerana sangkanya, takdir 
tidak lagi mahu memeluk erat


Comments

Popular posts from this blog

SAYA RINDU AYAH

CERPEN: RAKUS (masih dalam proses suntingan idea)

SAIDINA ZAHIR BIN HARAM, ORANG MISKIN YANG MENGAJAR KITA