PEDAGANG KECIL 1

PEDAGANG KECIL 
(25/2/2022)


pedagang kecil itu

tabah mengusir lelah

memikul seguni 'sampah'

yang lebih besar 

berbanding tubuh halusnya

sambil asyik bernyanyi lagu 

yang entah apa bunyinya

tetap mahu menghibur diri

kaki sesekali terpijak benda tajam

kerana sepatunya  sudah terlalu haus


ku ikut jejaknya

bukan berniat mengganggu

hanya sahaja perasaanku

terlalu ingin tahu

mengapa bayang anak kecil itu

 semakin tampak segan, barangkali malu


sedikit terkilan, kecewa juga

orang yang dicari belumku jumpa

sudah pulangkah dia?

tapi  hari kan masih belum cukup senja?


Comments

Popular posts from this blog

SAYA RINDU AYAH

CERPEN: RAKUS (masih dalam proses suntingan idea)

SAIDINA ZAHIR BIN HARAM, ORANG MISKIN YANG MENGAJAR KITA