BEIRUT: SUARA-SUARA YANG HILANG

 

BEIRUT: SUARA-SUARA YANG HILANG
(5/8/20)

 

tanggal ini, 5 ogos

akan terpahat terus di dada Beirut

kepulan asap membentuk awan hitam

marak api seperti neraka di depan mata

mengganas, meliar, mengamuk dengan umat manusia

 

tapi api, sedarkah kamu

ada umat manusia yang naif

ada anak kecil yang hilang tawa

ada bayi comel yang disambar dendam kamu

 

ahh!!!…

 

aku lupa kamu tidak punya telinga

suara  jeritan yang meminta ihsan, kamu tulikan

ada suara terkurung dalam pencakar langit

ada suara tertanam dalam pasir bumi

dan…

ada suara terpaksa rela diterbangkan ke udara

ya…

mereka, suara-suara yang hilang kerana waktu tidak mahu tunggu

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

SAYA RINDU AYAH

CERPEN: RAKUS (masih dalam proses suntingan idea)

SAIDINA ZAHIR BIN HARAM, ORANG MISKIN YANG MENGAJAR KITA