KITA MAMPU JADI BAIK!

 

            Hari ini saya telah menonton sebuah video pendek. Yaa, video yang sangat menginspirasikan dari negara ‘gajah putih’ itu. Durasi video  tersebut tidak sampai lima minit, namun berjaya membuatkan air mata saya tumpah perlahan. Mengalirkan haba pada kedua-dua pipi setelah semalaman berperang dengan angin dingin yang dibawa hujan. Hati saya tersentuh melihat kebaikan yang ‘dihadiahkan’ oleh pemuda tersebut kepada masyarakat sekelilingnya.

Bahkan, beliau bukan sahaja berbakti kepada manusia lain tetapi juga terhadap alam, beliau berkhidmat   penuh ikhlas. Haa, kepada seekor anjing jalanan dan anak pokok yang hampir layu pada pengamatan saya. Hebat kan?

      Baiklah, video ini akan mempertemukan kita dengan  seorang pemuda yang saya kira umurnya awal 30 tahun. Seorang yang ringkas baik dari segi pemakaiannya atau sikapnya. Senang cerita, pada mata kasar saya  beliau bukanlah seorang yang sangat mesra mahupun individu yang terlalu pendiam.

“Sedang-sedang sahaja, bersederhanakan indah” begitulah kata orang tua-tua kita.

    

     Baik, jom sama-sama kita hayati dan cuba teladani kebaikan dan keikhlasan beliau

1.     MEMINIMUMKAN KEMUDARATAN & BERBAKTI KEPADA TUMBUHAN

     Permulaan video ini menunjukkan seorang lelaki yang agak tergesa-gesa berjalan. Barangkali beliau sudah terlewat untuk ke tempat kerjanya. Ketika beliau berjalan, tiba tiba...

“tap, tap, tap”.


           Kemeja putihnya mula basah. Biasalah, tinggal di kawasan perumahan flat begitu. Rumah tingkat bawah pula, jadi haruslah selalu bersedia dengan segala ‘kemungkinan’ yang jatuh dari rumah jiran tingkat atasnya. Haa, saya bukan mahu serkap jarang penghuni tingkat atas tidak bertanggungjawab dan sebagainya. Namun kadang ada perkara yang mereka mungkin terlupa ia boleh mendatangkan kesusahan kepada jiran lain.

        Contohnya, air yang jatuh ke tingkat bawah. Nampak macam benda biasa kan? Rumah orang lain pun ada juga pasang paip air ni, dan biasalah kalau ada titisan air yang jatuh. Masalahnya, bayangkan jika yang berjalan di kawasan tersebut orang tua, orang buta atau ibu hamil? Sekiranya mereka tidak perasan dan terpijak di kawasan licin itu, bukankah akan menyebabkan kecelakaan kepada mereka? Boleh jadi kemalangan kecil berlaku. Tidak mustahil juga sekiranya  wanita hamil yang jatuh akan menyebabkannya mengalami pendarahan yang boleh menjejaskan  kandungannnya. Bukankah bahaya?

        Berbalik kepada kisah lelaki tersebut. Beliau kekal bersikap tenang. Tidak cepat gelabah atau pun marah kepada penghuni tingkat atas tersebut. Lantas, diambilnya pasu yang mana pokoknya seperti hampir melisut, lalu diletakkan tepat di kawasan air tersebut jatuh. Nampak mudah kan, tapi percayalah akan ada hati seolah-olah memberontak.

   

        “Aku pun boleh buat laa, setakat nak alih pasu tu jaa”.
 “Aalaa, bukannya banyak pun air yang jatuh tu, nanti-nanti keringlah”! 
“Masalah kecil macam ni pun nak dijadikan isu…”

 

           Terpulanglah kepada kalian, bagaimana ingin merespon. Setiap orang berhak memberi pendapat. Namun orang yang benar-benar faham manusiawi itu tentang apa serta taat akan tuntutan agamanya (bagi yang beragama),  sudah pasti dapat merasai indahnya berbuat ihsan, bersikap peduli dan prihatin terhadap keadaan sekeliling. Maka di sini, saya simpulkan dua kelebihan utama tindakan pemuda tersebut.

-        mengelakkan diri sendiri dan orang lain mendapat kesusahan sekiranya berjalan pada kawasan licin tersebut

-        berbakti kepada tumbuhan dengan memberinya air supaya ia dapat berjuang untuk terus hidup. Kembali menghijau dan menghasilkan oksigen untuk manusia sekelilinya.


Comments

Popular posts from this blog

SAYA RINDU AYAH

CERPEN: RAKUS (masih dalam proses suntingan idea)

SAIDINA ZAHIR BIN HARAM, ORANG MISKIN YANG MENGAJAR KITA