SENI SEBAGAI TERAPI (belum siap)

 29/7/2024






Sumber: Pinterest
Medium:  Midjourny Art
Pengkarya:  ThetaCursed
Tajuk: A Young Boy With A hat



Medium:  Pensil warna
Pengkarya:  Nur Asilah binti Hashim
Tajuk: Litte Smile Little Happiness




(hasil karya di galeri seni institut)



    Karya ini dihasilkan bagi sebagai salah satu tugasan pelajar Kursus Elektis Seni Dua Dimensi. Kursus elektif yang berjalan selama lebih kurang dua ke tiga bulan sahaja. Ini memandangkan kami sedang berada dalam semester pendek ketika itu. Awalnya, kami belajar bagaimana untuk melukis buah epal, membuat bayang pada subjek lukisan dan teknik mewarna menggunakan warna air (watercolor). Seronok dan teruja, sehinggalah mendapat tugasan untuk menghasilkan karya lukisan dengan teknik close up. Perasaan cuak, takut mula membayangi perjalanan kami sebagai pelajar elektif ini. Manakan tidak, kebanyakan yang masuk kelas ini, bukanlah ada pengetahuan, pengalaman mahupun kemahiran berkaitan lukisan seperti ini.  Mustahill dalam tempoh yang terlalu singkat kami dapat melukis lukisan potret seperti ini. Maka, karya saya yang anda lihat ini, dihasilkan menggunakan bantuan teknologi LCD dan projektor untuk menekap dan mengikut kembali subjek lukisan di atas kertas menggunakan pensil.

    Namun begitu, dari aspek ketulenan warna, ia memang kerja tangan kami sendiri. Kami bebas memilih jenis medium yang mahu digunakan, bersesuaian dengan jenis kertas lukisan atau papan kanvas. Sebelum itu, kami diberi tempoh untuk memikir dan menetapkan subjek matter kami dan perlu meminta pandangan daripada pensyarah. Saya awalnya, memang sudah berangan nak lukis bunga tulip yang tunggal, tapi gambar bunga yang dipilih tidak mendapat persetujuan pensyarah. Hal ini kerana, ia tampak terlalu ringkas. Maka, saya perlu memilih subjek lain, dan akhirnya memutuskan untuk menghasilkan karya budak lelaki tersebut. Alasannya cuma satu. Saya benar-benar jatuh cinta pandang pertama saat melihat senyum manis si kanak-kanak. Jujurnya, pada awal lagi saya telah menolak untuk menjadikan manusia sebagai subjek karya. Bahkan, sejak sekolah lagi saya sangat tidak suka diminta melukis orang. Saya mudah rasa rimas sebab ia sangat susah. Maka, boleh dikatakan karya kali ini merupakan satu cabaran buat saya, walaupun ia bukan dilukis sendiri, namun antara kesukaran yang menarik minat saya terhadap karya ini ialah, cara menimbulkan bayang dan kesan kedutan pada baju. Syukur, dengan bantuan Puan Aiza, saya sudah tahu bagaimana menghasilkan kesan kedutan tersebut. Beliau juga mengajar saya bagaimana untuk mewarna mata. Jika anda perasan, warna kedua-dua mata kanak-kanak ini agak tidak sama bukan? Sebabnya, kedua-dua mata itu diwarna oleh individu berbeza, iaitu Puan Aiza dan saya. 

Comments

Popular posts from this blog

SAYA RINDU AYAH

CERPEN: RAKUS (masih dalam proses suntingan idea)

SAIDINA ZAHIR BIN HARAM, ORANG MISKIN YANG MENGAJAR KITA