SEINDAH CINTA YUSUF
Pagi ini, macam biasa. Alex singgah sebentar ke kedai buku milik kenalannya. Seorang wanita pertengahan 30-an yang juga rakyat asal Korea Selatan dan sudah bermastautin di Malaysia hampir 15 tahun. Pada awalnya, Kim Ae Ri dan keluarganya berpindah ke Malaysia kerana si ayah yang mempunyai tuntutan pekerjaan di sini. Namun, setelah setahun, mereka sekeluarga memutuskan untuk terus menetap di Malaysia.
Selain keunikan masyarakat berbilang kaum yang terkenal dengan sikap mesra, kehidupan di Malaysia adalah lebih menenangkan. Tidak seperti negara asalnya, maju memang maju. Tapi negara itu juga sinonim dengan kes bunuh diri tertinggi dalam kalangan generasi muda. Walaubagaimanapun, Ae-Ri turut terharu dengan pelbagai usaha giat yang dilakukan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan bagi mencegah pertambahan kes bunuh diri dan penyakit mental di sana. Ae-Ri sendiri seorang pejuang penyakit kemurungan kronik (Anxiety Disoder), maka dia faham kondisi orang-orang lain yang diuji dengan masalah kesihatan mental. Cuma masyarakat yang terlalu kejam menghukum mereka. Benar, luka-luka tersebut tidak berdarah. Parut-parut juga tidak tampak menjelekkan kulit mereka, namun ia bukan alasan untuk menafikan peperangan emosi yang dialami. Bayangkan, tiba-tiba sahaja dada dia terasa bagaikan mahu pecah, nafasnya sesak, perut pula asyik nak keluarkan segala isi. Di sisi lain, Ae-Ri bersyukur, dia memiliki sistem sokongan yang diperlukan. Keluarga yang memahami, dedikasi barisan perawat serta sahabat yang peduli dan empati. Sedangkan, kebanyakan pesakit mental yang pernah dia temui, cuma berjuang seorang diri. Melawan sistem dunia yang kuat mendiskriminasi.
Comments
Post a Comment