SEINDAH CINTA YUSUF 6
Sementara itu, Geng Tiga Kacang Ketot sedang asyik berbual di atas
pangkin bersebelahan pokok rambutan Tok Su Mid. Boleh tahan berani mereka
bertiga ni, sudah laa puasa tahun lepas diperdajalkan orang tua itu.
"Hampa dua ni dah kenapa, daqi tadi macam cacing kepanasan. Dok ke
hulu ke hilir, ada apa ? Tengok kak, rileks jaa makan moktan Tok Su ni.
Ada masalah ceqita laa, kita tiga dah macam adik beqadik. Peninglaa kak dengan
hampa dua ni. Yang soqang tu dah macam esok lusa ni nak buka sekolah. Padahai
cuti baqu jaa mula.
"Cuti memang baru start kak oii, masalah dia kami dua kena
paksa pi kelas Bahasa Arab esok ni kat dewan. Ishh laa, BM pun kami jenuh nak
pandai, ni nak kena cakap BA pula. Oqang baqu nak enjoy cuti”.
"Pula dah, baguih laa pi tution cuti-cuti ni. Buka
sekolah nanti, tak dak laa macam katak bawah tempurung, sebab dah ada asas.
Zaman kak dulu mana ada oqang nak buat tuisyen dalam kampung ni.
Beruntung sungguh hampa semua.
Syazwan dan Qhaleef sudahlah sedang runsing, dapat pula ketua yang sangat
tak membantu, bertambah panas hati kedua-dua sepupu itu. Geram punya pasal,
sebelum beredar, sempat mereka angkat basikal Amirah letak dalam lopak air
berdekatan.
"Ishh budak dua ekoq ni, tunggu sat. Semalam baqu jaa basuh basikat, ni
sapa pula nak pi tonyoh basuh?" Bebel Amirah separuh jerit.
"Wan, aku qisau laa buatnya ustaz tu cakap Arab dari awai
sampai habih kelaih macam mana?" Luah Qhaleef kepada Syazwan. Mereka
berdua menuntun basikal bersebelahan.
"Tu laa Leef. Hang tu Alif Ba Ta pun dok tak kenai lagi.
Kesian, kesian... Buatnya esok ni ustaz suquh baca, masak hang! Nganga
sampai ke sudahlaa jawabnya".
"
Muhammad Syazwan Ali, seqonok noh dok bahan aku. Hang pun dua kali lima! Quran
tak lepaih. Tak dak, tak dak. Esok ni kalau kena baca, aku heqet hang
sekali. Biaq lepa yang lain sama-sama gelak kat kita dua. Dah masuk sekolah
menengah, dua-dua tak pandai baca Quran lagi.”
Sudahnya, mereka berdua hanya mampu ketawa terkenangkan nasib hari kedua
cuti penggal sekolah sudah diwajibkan masuk ke kelas tambahan. Dalam hati
masing-masing, tertanya juga siapalah ustaz yang rajin sangat nak ke dewan di
hujung kampung itu semata-mata nak mengajar Bahasa Arab.
"Jom laa Wan, kita balik. Mau tak mau esok kita jumpa sana. Bawa aku
Wan, malaih pula nak kayuh. Hilang mood aku ni". Arah Qhaleef
dengan suara mendatar. Basikalnya disandarkan begitu sahaja di pohon jambu
milik Pak Abu.
" Leef, kot ya pun maqah, cuba senonoh sikit duduk tu. Kang soqang
masuk paqit, soqang terjun bendang !" Marah Syazwan sambil matanya masih
fokus pandang ke hadapan.
Yusuf menunggang motor lebih perlahan. Bahaya bawa laju-laju ni di jalan
tidak rata. Kiri kanan pula parit dalam dan sawah yang elok menghijau.
"Elok-elok Wan, jaga-jaga. Ada motor kat depan!!!
Sikap dua sahabat yang degil itu akhirnya memakan diri. Nasiblah hanya
jatuh di atas jalan tar. Jika tidak mesti balik nanti kena ligan sekampung oleh
mak masing-masing. Mahu taknya, balik dengan baju berlumpur bagai.
"Wan, awat bawa loqlaq sangat, kan kita dua dah jatuh. Lagu mana nak
ambik lesen moto kalau bawa basikat pun sangkut". Marah sungguh si
Qhaleef. Sedangkan dia juga bersalah, tak reti nak duduk diam.
"Hurm...Semua salah aku. Hang jaa la betui". Kendur sahaja
suara Syazwan, siapa kata lelaki tak boleh merajuk?
"Adik berdua ok ka, maaf abang tak sengaja tadi. Motor abang
terbelaga pula handel basikal adik"
"Ok bang,
calaq sikit jaa ni. Abang tu lain kali pelan-pelan bawa motor kat jalan sempit
macam ni. Hurmm, saya tak pernah nampak pun muka abang sebelum ni. Nak pi mana
bang? Tanya Qhaleef sopan sedangkan lengan kirinya masih menahan pedih yang
teramat. Calarnya tidaklah banyak, namun panjang.
"Alhamdulillah, ada juga yang tanya abang soalan ni. Pertama sekali,
nama abang Muhammad Yusuf Umair bin Hamzah. Baru lagi kat kampung ni, dalam dua
minggu lepas. Abang sebenaqnya tengah caqi Dewan Sri Tani. Tau dak dewan tu kat
mana, abang dah lambat dah ni nak mengajaq". Yusus bertanya penuh
pengharapan.
Sebaik
dengar pernyataan tersebut, Qhaleef dan Syazwan saling berpandangan. Syazwan
yang seolah mengerti isyarat mata oleh Qhaleef terus berdiri tegak dengan muka
tersenyum manis. Lebih tepat lagi wajah yang penuh dengan tipu helah.
"Ouhh,
Dewan Tani tu, rezeki abang sungguh laa jumpa kami dua kan Leef. Meh kami
tunjuk jalan. Tak jauh dah ni bang".
Yusuf jelas
berasa lega dengan pelawaan budak berdua itu.
Comments
Post a Comment