Posts

Showing posts with the label Seindah Cinta Yusuf

SEINDAH CINTA YUSUF 6

        Sementara itu, Geng Tiga Kacang Ketot sedang asyik berbual di atas pangkin bersebelahan pokok rambutan Tok Su Mid. Boleh tahan berani mereka bertiga ni, sudah laa puasa tahun lepas diperdajalkan orang tua itu.      "Hampa dua ni dah kenapa, daqi tadi macam cacing kepanasan. Dok ke hulu ke hilir, ada apa ? Tengok  kak, rileks jaa makan moktan Tok Su ni. Ada masalah ceqita laa, kita tiga dah macam adik beqadik. Peninglaa kak dengan hampa dua ni. Yang soqang tu dah macam esok lusa ni nak buka sekolah. Padahai cuti baqu jaa mula".     "Cuti memang baru start kak oii, masalah dia kami dua kena paksa pi kelas Bahasa Arab esok ni kat dewan. Ishh laa, BM pun kami jenuh nak pandai, ni nak kena cakap BA pula. Oqang baqu nak enjoy cuti”.     "Pula dah, baguih laa pi tusyen cuti-cuti ni. Buka sekolah nanti, tak dak laa macam katak bawah tempurung, sebab dah ada asas. Zaman kak dulu mana ada oqang nak buat tuisye...

SEINDAH CINTA YUSUF 2

  20/12/2023       Alex masih tegak berdiri di hadapan pintu kedai. Dia tersenyum seketika saat teringat kata-kata lelaki yang sudah dianggap seperti abang kandungnya itu.        "Kau ni bila bercakap, nampak lagi bertuhan daripada kami..."              Entah, kadang dia sendiri tidak faham. Apa yang dia boleh kata, ketika membaca al-Quran terjemahan Arab-Inggeris pemberian seorang perempuan dari masa silamnya, hatinya berasa sangat senang. Dia jatuh cinta dengan konsep ketuhanan yang diceritakan dalam kitab orang muslim itu. Hatinya sedikit terusik sampai tersenyum sendiri, barangkali juga teringat akan gemersik suara si gadis. Ia seolah-olah kembali menyapa halwa telinganya.   "Apalah kau Alex, ke situ pula berangan! Ini kalau tahu dek Yusuf Umair, mahu setahun aku dibahannya."        Dia mendapat al-Quran itu daripada seorang wanita muslimah, asal Malaysia. Kejadian ini berla...

SEINDAH CINTA YUSUF 5

  5/8/2023     Yusuf meraup wajah, tangannya pantas memulas tombol pintu rumah sewa. Dia harus bergegas, memandangkan ini  ialah hari pertamanya memulakan tugas sebagai tutor Bahasa Arab di kampung itu. Beberapa hari yang lepas,  bersungguh-sungguh dia memujuk tuan rumah untuk membantunya mencari pelajar sekolah rendah atau menengah yang mahu belajar asas Bahasa Arab. Dia sudah tidak betah duduk diam di rumah tanpa berbuat apa-apa.      Bukanlah dia tidak mahu melakukan pekerjaan  yang lain, namun dirinya belum punya kekuatan yang cukup untuk berhadapan dengan pelbagai ragam masyarakat. Fikirannya cepat gelisah, jiwanya sesak dan badan mudah penat. Bersosial ialah sesuatu yang dia perlu hindari. Paling tidak, buat masa sekarang.      Yusuf sering kali  merasakan dirinya terlalu jahat, penunggang agama. Tiada tangan yang sudi menyambut ketika dia jatuh nanti. Dia masih diterima oleh msyarakat keran...

NOVEL SEINDAH CINTA YUSUF (PERKENALAN)

  6/8/2023 "Adik berdua ni memang asai sini ka atau balik kampung sebab laa kan musim cuti sekolah?" "Kami memang oqang kampung ni. Lupa pula nak kenalkan diri. Nama saya Muhammad Aqil Qhaleef, umuq 13 tahun. Hat ni pula, Muhammad Syazwan Wafi, tua setahun jaa dari saya. Kami dua ni sepupu, rumah pun dok sebelah-sebelah jaa". Jawab Qhaleef penuh semangat. "Ouhh, patut nampak macam qapat jaa, adik-beradik rupanya. Nak tanya ni, dewan tu jauh lagi ka? Abang qasa macam dah lama sangat kita dok ronda-ronda cari dewan tu." "Ehemm, ehem...." Dengan cepat, Syazwan saja membuat bunyi. Padahal bukannya gatal tekak pun, cuma dia sudah tak sedap hati, buatnya terkantoi. Malu dapat, sakit pun dapat kalau perkara ini sampai ke telinga orang tua mereka. "Dak aihhh...Dia memang lama sikit abang. Sebabnya, kami guna yang jalan jauh. Bukan pasai pa, kalau guna jalan dekat tu, macam-macam dugaannya bang oiii. Sat ni, jumpa kambing-kambing Pak Leman bersama ta...

Seindah Cinta Yusuf 7

 23/2/2023          Akhirnya Yusuf sampai juga di Dewan Seri Tani tersebut. Nasiblah dia keluar awal sejam, tidaklah kelam-kabut sangat mahu cari jalan dan membuat persiapan kelas pertamanya sebagai tutor Bahasa Arab. Kelas yang dijangka bermula pukul 9.00 pagi itu sedikit mendebarkan pemuda berdarah Malaysia-Thailand itu. Berkali-kali dia mengurut perlahan dada bidangnya.      Setelah memastikan pintu rumah  dikunci, Yusuf lekas menuju ke bawah beranda, tempat diletaknya motor pemberian Pak Man.  Dia belum mempunyai rezeki untuk memiliki kenderaan sendiri, jadi Pak Man yang baik hati itu telah mengizinkan pemuda yang akan genap 30 tahun pada bulan Februari ini untuk  menggunakan motosikal tuanya terlebih dahulu.  Sejujurnya dia berasa segan untuk menerima saranan Pak Man. Sudahlah sewa rumahnya juga sangat murah, hanya RM 150 sebulan.       Kata Pak Man...      "Aku suka akhirnya ada jug...

SEINDAH CINTA YUSUF 4

  21/2/23     Sudah seminggu Yusuf  berdamai dengan angin Pulau Langkawi. Sebuah pulau yang sentiasa menjadi tarikan pelancong tempatan mahupun luar negara saat berkunjung ke Negeri Jelapang Padi itu. Benar, Yusuf yang sudah lima tahun bebas daripada semua kaitan dengan Silence  Love, sedang jatuh cinta akan tanah kelahiran Mahsuri ini.      Hidupnya lebih aman, sekalipun sering dihimpit rasa sunyi selain ditekan kesedihan akibat kehilangan orang tersayang. Tuhan mahu dia tahu, hakikat ujian itu sebagai pengajaran yang penuh hikmah bagi hamba-hamba-Nya yang tulus memaknakan reda. Bukankah  ada dikisahkan dalam al-Quran  tentang kekecewaan seorang lelaki  bernama Yunus A.S. lantaran kaumnya yang tidak mahu mentaati perintah Tuhan. Dibawa dirinya, menjauh daripada segala kekusutan, lantas Tuhan memerintahkan seekor Nun untuk menelannya. Berada di dalam kegelapan perut sang ikan di tengah-tengah lautan, membuatkan baginda kembal...

Seindah Cinta Yusuf 3

19/2/2023        "Bang, cubalah tengok sikit anak dara awak sorang ni. Bulan dua  ni umur dah nak masuk 23 tahun, tapi perangai tak semenggah langsung. Bila saya nasihat, ada jaa laa benda dia nak menjawab. Penat laa saya kalau tiap hari macam ni. Suruh belajar memasak taknak, menjahit lagi laa tak mau. Yang dia tahu buat projek buku dia! Petang-petang pula naik basikal tak ingat dunia, dengan komik penuh satu raga. Peqangai sebijik macam budak laki, nasib keluaq rumah masih tau nak pakai tudung, stokin apa semua. Buatnya dok pakai sequpa jantan, tak ke malu saya ni? Habis famous  satu kampung oqang pakat dok kata anak tok imam dan Cikgu Kalsum ni  tomboy .     "Mulut orang Som oii...Dok pikiaq pasai pa, nanti awak yang sakit kepala. Amirah tu nampak jaa lagu tu, ada dia pernah tinggikan suara kat kita, bergayut dengan mana-mana laki ka? Abang cakap ni bukan sebab abang sokong kelaku dia yang kasaq tu, cuma abang nak kita sent...

Seindah Cinta Yusuf 1

 mula: 17/2/2023      Yusuf merebahkan tubuh di atas sejadah yang berwarna biru Denim. Kenangan lalu kembali mengusik jiwa. Sudah terlalu lama, anak jati Pulau Pinang itu  berpaut pada dahan rindu yang rapuh. Sambil berbaring, dia  menggelengkan kepala beberapa kali.      "Alex...Alex".      Bisik Yusuf perlahan. Tanpa sedar, dilafaz sepotong nama yang suatu ketika dahulu, asyik membuat dirinya tidak kering gusi. Tangan Yusuf ke atas dan ke bawah, menyentuh sejadah birunya. Sesekali jari telunjuk terlihat seperti sedang  mengukir empat aksara A.L.E.X.       Bagi Yusuf, nama tersebut sangat signifikan  dengan sikap rakannya itu. Nampak sahaja  suka buat perangai gila-gila, namun sahabat agnostiknya itu memiliki sisi keperibadian yang menghangatkan.  Alex pantang nampak orang kena buli, pasti dia akan tolong, kadang sampai dirinya pula tak tertolong.        'Alex' memba...