PETIKAN AYAT NOVEL GURU AINI; 1

 

“Indonesia perlu guru Matematik, bu. 
Apa boleh buat, saya siap bertugas di mana-mana sahaja.” (Desi 16 tahun)

Andrea Hirata berani mengutarakan salah satu kepincangan sistem pendidikan di Indonesia. Melalui karya ini beliau mahu dunia tahu bahkan pemimpin Indonesia sendiri yang mungkin terlupa akan situasi sebenar anak-anak kampung di pedalaman Indonesia. Masih ramai kanak-kanak dan remaja di sana yang sudah jauh ketinggalan untuk mempelajari, memahami dan mempraktikkan ilmu Matematik moden dalam kehidupan harian.

Bahkan, kritikan pedas yang beliau lontarkan buat para pemimpin kerana masalah negara seperti ini sudah mampu difikirkan penyelesaiannya oleh seorang anak gadis berusia 16 tahun. Benar, dengan usia yang masih mentah itu, bagaimanakah Desi mampu melakukan revolusi pendidikan Indonesia? Setidak-tidaknya di sebuah sekolah terpencil. Desi bukannya presiden negara, mahupun berasal daripada keluarga orang-orang kerajaan, tidak juga anak pemimpin tertinggi dalam kementerian pendidikan, kepala sekolah (pengetua / guru besar) atau siapa sahaja.

Iyaa…Dia hanya anak gadis biasa yang lahir dari lingkungan keluarga usahawan di sebuah kota. Tuhan menganugerahkannya kecantikan, kepandaian dan mungkin semangat menjadi seorang idealis yang terlalu tinggi. Lantas dengan semua ini, dia berani melafaz ikrar dan sumpah setia   untuk menjadi salah seorang yang akan memenuhkan satu daripada kerusi-kerusi kosong guru Matematik Indonesia. 

Tekad anak gadis itu tidak boleh diruntuhkan oleh siapa pun.  Seandainya. Firaun yang zalim itu   masih hidup dan mahu dia berhenti bercita-cita menjadi guru Matematik, mustahil arahan tersebut akan dipatuhi. Dia begitu istiqamah untuk bergelar guru Matematik sesuai dengan namanya DESI ISTIQOMAH.

Comments

Popular posts from this blog

SAYA RINDU AYAH

CERPEN: RAKUS (masih dalam proses suntingan idea)

SAIDINA ZAHIR BIN HARAM, ORANG MISKIN YANG MENGAJAR KITA