PETIKAN AYAT NOVEL GURU AINI; 8
"Menjadi guru adalah panggilan jiwa" Sungguh saya bersetuju dengan kata-kata puan rektor program pengajian Desi dan rakan-rakan seperjuangannya. Membentuk keperibadian seorang guru yang baik bukanlah mudah. Tugas guru bukannnya sekadar mengajar, tambahan murid-murid pada zaman sekarang juga lebih cekap mengakses pelbagai bahan di media sosial. Bahan yang ditonton sama ada baik atau tidak yang akan mempengaruhi perkembangan corak pemikiran, gaya pertuturan serta tingkah laku mereka pada masa akan datang. Oleh sebab itu, pendidik harus mempunyai jiwa yang kaya. Kaya dengan kesabaran untuk berhadapan dengan pelbagai bebanan kerja serta karenah pihak pentadbiran, isu peribadi. Tidak termasuk lagi bagaimana perlu bersikap untuk berhadapan dengan perangai segelintir ibu bapa yang gemar serkap jarang jika berlaku sesuatu kepada anak-anak mereka. Di samping itu, pendidik juga mesti kaya dengan keikhlasan untuk men...