PETIKAN AYAT NOVEL GURU AINI; 3
“Kau yakin mahu menjadi guru, Desi? Kau lihatlah nasib guru-guru itu!”
“ Itu bicara yang tak patut! Enak saja bicara! Mana boleh kita menilai
kerjaya agung seorang guru hanya dengan ganjaran-ganjaran material macam itu!’.
Satu perkara yang tergambar jelas pada fikiran saya ketika membaca
dialog ini…
“Seorang
idealis cuba memperjuangkan prinsipnya di hadapan lelaki realis!”.
Perkara ini secara tidak langsung membuatkan
kepercayaan saya lebih teguh bahawa perempuan lebih mudah cenderung
memiliki ciri-ciri idealis berbanding lelaki yang lebih terarah kepada corak
pemikiran realisme. Saya sendiri seorang idealis dan adik perempuan kepada
seorang abang yang bersikap realisme. Saya berani katakan, perbezaan ini membuatkan saya sangat senang dengan sikap abang. Banyak perkara yang boleh saya teladani daripada beliau.
Runding Ardiansyah, teman lelaki Desi mempersoalkan
bahawa untuk menjadi seorang guru di Indonesia bukanlah kerjaya yang patut
dipilih. Kerjaya ini sepertinya berisiko memperjudikan nasib para guru. Harus
kita faham, Runding bukanlah berniat menghina profesion keguruan,
namun dia berpijak nyata di lantai bumi negara republik itu. Dia melihat
sendiri bagaimana para pendidik seolah-olah sedang menggantung diri kerana
tekanan yang luar biasa terhadap mereka.
Kerjaya seorang guru memerlukan komitmen dan keihkhlasan pada tahap tertinggi, namun langsung tidak dihargai oleh pihak kerajaan. Gaji yang tidak seberapa, tetap harus menabur budi dan bakti buat anak bangsa. Desi sendiri melihat seorang guru wanita yang sudah separuh abad memegang kadbod tertulis...
“11 tahun jadi guru sandaran. Beri perhatian kepada kebajian guru”
Guru tersebut sungguh sedang berdemonstrasi secara aman. Beliau mengharapkan kerajaan tidak lagi memandang remeh isu ini. Apakah hanya kerana beliau bukannya guru tetap, maka luahannya langsung tergantung sepi tak beratap?
Bukanlah merungut, tetapi ini kenyataan yang harus
ditelan pahit oleh orang-orang yang memahaminya. Sistem pendidikan yang masih
banyak cela, semangat para guru yang semakin kecundang, sikap anak-anak
pedalaman yang rata-ratanya masih berperang dengan persoalan…
“Pergi
sekolah atau tidak itu tak akan menentukan siapa ke syurga atau siapa terheret ke neraka bukan?”.
Benar menjadi seorang guru itu bererti bersedia untuk
mengabdi tulus dan telus terhadap masyarakat. Tapi bagaimana ingin
merealisasikannya sekiranya suara-suara guru sahaja sering sengaja ditulikan?
Anak-anak miskin terpaksa mengubur hasrat bergelar graduan universiti
hanya kerana tidak mampu membayar yuran pengajian. Sekolah-sekolah daif pula tidak pernah dikunjungi orang-orang kementerian untuk membantu memperkukuh
infrastruktur sekolah. Mentaliti kebanyakan ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik
sepenuhnya kepada guru. Material yang lengkap bukan penjamin kita seorang guru
yang ikhlas mengajar. Namun ia salah satu faktor terdekat kejayaan atau
kegagalan seorang guru dalam menndidik.
Untuk sahabatku Desi...
Aku faham bahawa mana mungkin tanggungjawab
seorang guru itu layaknya dinilai dengan ganjaran material. Aku sendiri percaya
ramai warga pendidik yang tidak kisah gaji mereka tidak bertambah, asalkan
dapat terus mendidik. Tapi dunia kita ini semakin mencabar. Kita perlukan
ilmu-ilmu keguruan yang cukup, wang yang tidak kurang untuk melihat kemajuan
anak didik kita. Bukankah kau sendiri dibekalkan wang oleh ayahmu agar bisa
tetap menjadi guru muda yang hidupnya terjamin di Tanjong Hampar? Setidaknya
guru perlukan wang untuk memastikan dirinya sentiasa tersedia dengan pena bertinta dan kertas putih bersih untuk menulis nota. Guru perlu juga mempunyai wang
simpanan. Andai satu saat nanti ‘kita’ sudah berputus asa dengan sIstem pendidikan
sedia ada, maka wang itu akan sangat membantu kita. Manfaatkan ia untuk
membangunkan kelas pendidikan sendiri. Desi, ini hanya sekadar bicara basah
seorang aku yang juga akan berkerjaya seorang guru dalam tempoh dua tahun akan
datang lagi. Engkau boleh bersetuju atau sebakiknya. Terserah padamu…
Comments
Post a Comment