Seindah Cinta Yusuf 1

 mula: 17/2/2023


    Yusuf merebahkan tubuh di atas sejadah yang berwarna biru Denim. Kenangan lalu kembali mengusik jiwa. Sudah terlalu lama, anak jati Pulau Pinang itu  berpaut pada dahan rindu yang rapuh. Sambil berbaring, dia  menggelengkan kepala beberapa kali.

    "Alex...Alex".

    Bisik Yusuf perlahan. Tanpa sedar, dilafaz sepotong nama yang suatu ketika dahulu, asyik membuat dirinya tidak kering gusi. Tangan Yusuf ke atas dan ke bawah, menyentuh sejadah birunya. Sesekali jari telunjuk terlihat seperti sedang  mengukir empat aksara A.L.E.X. 

    Bagi Yusuf, nama tersebut sangat signifikan  dengan sikap rakannya itu. Nampak sahaja  suka buat perangai gila-gila, namun sahabat agnostiknya itu memiliki sisi keperibadian yang menghangatkan.  Alex pantang nampak orang kena buli, pasti dia akan tolong, kadang sampai dirinya pula tak tertolong.

      'Alex' membawa maksud pembela atau 'defender of humankind' yang berasal daripada Bahasa Yunani. Sebab itulah Yusuf berpendapat, nama tersebut sangat sepadan dengan Alex.  Cuma Yusuf tak pernah tanya, kenapa Alex sanggup menjadi ahli organisasi Silence Love. Jika benar dia suka membantu orang lain, kenapa sikapnya sungguh berbeza sampai sanggup mempermangsa kanak-kanak dan remaja yang langsung tidak bersalah?

    Yusuf menghelakan nafas. Jarinya pantas menyeka mutiara jernih yang mengalir di pipi.
Sungguh dia rindu...Rindu seorang sahabat dan abang kepada adik lelakinya.

    "Yusuf, aku tengok orang lain solat mesti ada alas dengan sesuatu untuk mereka tunduk dan jatuhkan kepala  atas lantai. Kau pula elok jaa sujud atas lantai kayu yang sejuk ni. Belilah satu buat alas kepala, kan lagi elok. Nampak lebih sopan pada aku".

    "Takpalaa Encik Alex Kim, sejadah tu bukannya wajib pun. Lain laa kalau tak pakai, solat aku tak sah. Bukannya sejuk mana pun lantai ni. Ada kau tengok rambut aku bertukar jadi putih dan biru, terpacak-pacak sebab sujud atas tempat yang dingin ni?"

    PAP!!

    "Apasal kau ni, main ketuk-ketuk kepala aku pula! Ingat tak sakit ka kena dengan novel kau tu? Dah laa kulit novel tu boleh tahan tebal..."

    "Ouhh...Lah sakit ka? Kesiannya abang Yusuf Umair kita ni. Padanlah dengan perangai kau, ada ja laa benda nak loyar buruk dengan aku. Dah aku tak kira, petang ni jom keluar pergi beli sejadah. Nak jumpa Tuhan  waktu solat kena laa segak, kemas. Kau bukannya tak mampu beli, cuma penyegan tahap gaban". 

    "Alex, Alex. Kadang aku rasa kau ni bila bercakap lagi bertuhan daripada kami. Masalahnya kau tak dak pula nak  beriman dengan Tuhan. Kejap rasa Dia ada, esok-esok ni kau buat macam tak pernah tahu Tuhan tu apa."

    "Itu hal aku dengan Dia. Petang ni kau jangan lupa pula..."

    "Aku on jaa, asal kau yang belanja!" Jerit Yusuf diiringi tawa kecil. Dia berlalu keluar dari biliknya.

    

Comments

  1. alamak, saya terbaca siri 3 terus. takpa la nanti free baca siri 1 & 2 pula. it's a nice story, really enjoy the reading. These days, i always find non-fictions books are boring, but this one is exceptional. You manage to grab my inquiry on what will happen next. Keep it up miss writer!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SAYA RINDU AYAH

CERPEN: RAKUS (masih dalam proses suntingan idea)

SAIDINA ZAHIR BIN HARAM, ORANG MISKIN YANG MENGAJAR KITA