SEINDAH CINTA YUSUF 4

 

21/2/23

    Sudah seminggu Yusuf  berdamai dengan angin Pulau Langkawi. Sebuah pulau yang sentiasa menjadi tarikan pelancong tempatan mahupun luar negara saat berkunjung ke Negeri Jelapang Padi itu. Benar, Yusuf yang sudah lima tahun bebas daripada semua kaitan dengan Innocent Love, sedang jatuh cinta akan tanah kelahiran Mahsuri ini.

     Hidupnya lebih aman, sekalipun sering dihimpit rasa sunyi selain ditekan kesedihan akibat kehilangan orang tersayang. Tuhan mahu dia tahu, hakikat ujian itu sebagai pengajaran yang penuh hikmah bagi hamba-hamba-Nya yang tulus memaknakan reda. Bukankah  ada dikisahkan dalam al-Quran  tentang kekecewaan seorang lelaki  bernama Yunus A.S. lantaran kaumnya yang tidak mahu mentaati perintah Tuhan. Dibawa dirinya, menjauh daripada segala kekusutan, lantas Tuhan memerintahkan seekor Nun untuk menelannya. Berada di dalam kegelapan perut sang ikan di tengah-tengah lautan, membuatkan baginda kembali merawat kesedihan dengan membanyakkan istighfar kepada Rabb. Yakinnya seorang Yunus kepada Tuhan Yang Satu. Tuhan yang akan menghiburkan jiwa-jiwa yang sedang dalam keterlukaan. 

    "Ya Allah, Engkah lindungilah hati lelaki ini daripada memandang hina dan kuat berprasangka terhadap orang-orang lain yang sedang diuji. Sesungguhnya, aku berserah pada-Mu ya Allah..."  Ucap pemuda itu perlahan.

    Yusuf bingkas bangun daripada katil buluhnya. Katil itu hanya mempunyai sebuah tilam bujang, tanpa bantal mahupun selimut. Semua yang mengenali Yusuf, pada awalnya mesti naik hairan dengan sikapnya yang satu ini.

    "Yusuf, tahu laa kau ni kepala batu. Tapi takkan laa tidur pun tak pakai bantal? Pelik-pelik jaa laa kau ni." Begitulah reaksi Alex ketika dia tahu perangai sahabatnya yang satu ini. 

    Entah Yusuf sendiri pun hairan. Sebabnya, waktu kecil, elok jaa dia tidur beralaskan bantal. Semuanya bermula ketika dia  masuk asrama, tingkatan satu. Dia dah mula tidur begitu. Lebih selesa. Kalau sejuk sangat, Yusuf akan membalut tubuhnya dari pinggang hingga ke kaki dengan kain telekung ibu atau kain pelikat ayahnya. Kedua-dua tangan akan diletak di sisi paha. Cukup menghangatkan. 

  

 

Comments

Popular posts from this blog

SAYA RINDU AYAH

SAIDINA ZAHIR BIN HARAM, ORANG MISKIN YANG MENGAJAR KITA

CERPEN: KASIH ABANG (belum siap)