NOVEL SEINDAH CINTA YUSUF (PERKENALAN)
6/8/2023
"Adik berdua ni memang asai sini ka atau balik kampung sebab laa kan musim cuti sekolah?"
"Kami memang oqang kampung ni. Lupa pula nak kenalkan diri. Nama saya Muhammad Aqil Qhaleef, umuq 13 tahun. Hat ni pula, Muhammad Syazwan Wafi, tua setahun jaa dari saya. Kami dua ni sepupu, rumah pun dok sebelah-sebelah jaa". Jawab Qhaleef penuh semangat.
"Ouhh, patut nampak macam qapat jaa, adik-beradik rupanya. Nak tanya ni, dewan tu jauh lagi ka? Abang qasa macam dah lama sangat kita dok ronda-ronda cari dewan tu."
"Ehemm, ehem...." Dengan cepat, Syazwan saja membuat bunyi. Padahal bukannya gatal tekak pun, cuma dia sudah tak sedap hati, buatnya terkantoi. Malu dapat, sakit pun dapat kalau perkara ini sampai ke telinga orang tua mereka.
"Dak aihhh...Dia memang lama sikit abang. Sebabnya, kami guna yang jalan jauh. Bukan pasai pa, kalau guna jalan dekat tu, macam-macam dugaannya bang oiii. Sat ni, jumpa kambing-kambing Pak Leman bersama taik-taik lepa yang bulat berketui-ketui tu, depan sikit ada pula geng-geng lembu Uncle Kumar dok melepak tepi bendang. Pastu, kami seqeyau sikit, gengster kampung Mak Ngah Kiah suka dok buat road block kat laluan tu! Nak habaq mai kat abang laa kan, kampung ni memang dah sequpa Zoo Taiping. Bezanya, sini tak dak laa boya, qimau apa semua tu. Kalau ada, tak keluaq dah laa kami petang-petang lagu ni". Dengan sekali nafas sahaja, habis semua nama orang kampung dan haiwan-haiwan peliharaan mereka disebut Qhaleef. Anehnya, boleh pula, si Umair ni dengar sampai habis. Muka main peranan betul. Penuh kusyuk.
"Sat!!! Laju sungguh laa dia ceqita. Kampung ni ada oqang jahat ka? Siap buat roadblock lagi, tak dak sapa pi repot polis?"
Syazwan yang mendengar dari tadi hanya mampu tahan ketawa. Sikit lagi nak pecah tawa, tapi tak sampai hati pula. Sebab ditengoknya gelagat pemuda tersebut, memang betul-betul tak tahu. Cara bercakap, sudah macam orang kampung, tapi soalan yang dilontarkan tadi, membuatkan dia tertanya-tanya tentang asal usul lelaki bermata sepet ini.
"Apalah abang ni, satu Malaysia kenai kot dengan gengster kampung ni. Bukan oqang betui laa abang, yang kami sebut gengster tu, angsa..
"A.N.G.S.A!"
"Ouhh...Ha ha ha!
"Mati, mati ingat kat sini ada oqang jahat. Dah laa baru pindah, tu yang qisau tu"
"Saya tengok abang ni kan, teqingat kat soqang ni. Tapi dia pompuan laa. Kelaku sebijik, jenis lambat faham". Seloroh Qhaleef.
PAP.
"Wei, awat dengan hang ni, main tampaq lengan aku?" Terkejut Qhaleef dengan perbuatan sepupunya itu, memang tidak kuat, tapi sakitlah juga. Tiba-tiba pula.
"Padan pi kat hang, ada ka kata lagu tu kat abang ni. Besa dia, main cakap jaa. Tak tengok dah oqang TUA ka, muda ka!".
Yusuf yang pada awalnya terhibur dengan karenah dua sepupu itu, akhirnya hanya mampu menelan air liur. Terasa laa juga, bila perkataan 'tua' ditekankan. Mahu disangkal, benda betul. Nak diiyakan, merajuk pula hati bajet muda ini.
"Laa hampa dua ni, abang ok jaa laa. Jom kaih, sat ni kesian kat budak-budak yang nak belajar tu, tunggu cikgu lepa".
Comments
Post a Comment