CERITA DARI SEKOLAH (AWAK SUKA BACA BUKU APA?)

 9/8/2024 (belum siap)






Jujur, walaupun sudah hampir dua bulan mengajar kelas ini, tetap sahaja dada seakan sesak. Kaki seperti terlalu berat mahu melangkah masuk. Perasaaan bimbang, takut dan cemas masih membayangi diri saya, seorang guru praktikal di sekolah ini. Orang selalu kata, budak-budak yang bising dan gemar buat bermacam perangai adalah dalam kalangan murid-murid kelas belakang. Namun yang saya alami, sungguh berbeza. Saya telah diamanahkan untuk mengajar kelas 4 Amanah, kelas paling hadapan dari aspek pencapaian akademik dan sahsiah berbanding dua kelas yang lain. Nakal mereka, yaa ampun... Kadang, sampai tak boleh bawa bincang. Apa sahaja yang tak pernah dibuat untuk membendung tahap kenakalan dan keaktifan mereka yang sungguh, memenatkan. Sampaikan, ada seorang guru senior yang kata


 "Kesian dekat adik  ni, dapat kelas 4A'


Saya yang ketika itu turut berada dalam bilik guru, cukup sahaja dengan mendengar. Terangguk-angguk, sambil tersengih seperti kerang busuk. Mencabar betul nak hadap 25 orang murid yang mana, cuma dua orang murid perempuan sahaja yang tampak tidak menguji kesabaran. Saat sedang menulis cerita ni pun, keluhan panjang beberapa kali dilepaskan. Mereka bagus, buat kerja. Mungkin sahaja kemahiran kawalan kelas saya yang masih lemah, belum bijak mengatur strategi dan teknik yang bersesuaian dengan karakter murid-murid tersebut. Panjang pula cerita ni nanti nak dikupas, jadi yang  cuma nak dikongsi dengan kalian ialah kisah salah seorang murid dalam kelas ini. Dia antara murid yang sangat-sangat berjaya tarik perhatian saya. Hampir setiap hari, minda ini dikerah untuk memikirkan seribu satu idea cuma khusus untuk dia seorang. Haa, kan dah kata, dia ni memang  cukup  istimewa dan unik. Unik dengan caranya yang tersendiri.

Saya ni  sampai terfikir, macam mana laa  dia boleh bertahan berada dalam kelas yang terlalu jauh berbeza dengan personaliti dirinya yang sangat pendiam. Yaa, sangat pendiam! Bayangkan, saya sebagai guru  sampai perlu berdiri bersebelahan dia, tadah telinga rapat dengan bibir murid tersebut, semata-mata mahu dengar jawapan bagi soalan yang disoal. Nasib laa murid perempuan, kalau lelaki jenuh juga. Punyalah susah nak dengar suara dia, sedangkan dia tahu jawapan bagi setiap soalan yang diajukan. 


"Ishhh, tak boleh jadi ni. Apa-apa pun yang berlaku, sebelum aku keluar dari sekolah ni, aku nak dengar suara dia yang jelas, yang berkeyakinan. Aku kena fikir sesuatu!"


Ada satu peristiwa yang paling memberi kesan untuk saya bertegas dengan diri sendiri bagi membantu Alya. Pada suatu malam, semasa kem kepimpinan pengawas, setiap kumpulan perlu membuat persembahan masing-masing. Tunggu punya tunggu, akhirnya kumpulan Alya pula dipanggil untuk berada di atas pentas. Tidak silap saya, kumpulan mereka memilih untuk persembahan seni berbalas pantun. Maksudnya, setiap ahli sudah ada skrip pantun masing-masing, termasuk Alyaa. Hati ini menjerit girang dan terlompat-lompat ikut  teruja saat melihat Alya berada bersama-sama rakan yang lain di atas pentas. 



"Wahh, tak sangka budak pemalu ni berani juga rupanya. Baguslah, ini yang kita nak!"


Namun, suasana riuh tiba-tiba bertukar sepi seketika. Baik penonton mahupun mereka yang membuat persembahan. Rupa-rupanya, si Alya kekal diam di satu sudut, sedangkan sudah sampai gilirannya pula berbalas pantun.


# Maaf, belum siap. Penulis masih sedang bermalas-malasan 😂


Comments

Popular posts from this blog

SAYA RINDU AYAH

CERPEN: RAKUS (masih dalam proses suntingan idea)

SAIDINA ZAHIR BIN HARAM, ORANG MISKIN YANG MENGAJAR KITA