Posts

Showing posts with the label cerita dari sekolah

CERITA DARI SEKOLAH (AWAK SUKA BACA BUKU APA?)

Image
 9/8/2024 (belum siap) Jujur, walaupun sudah hampir dua bulan mengajar kelas ini, tetap sahaja dada seakan sesak. Kaki seperti terlalu berat mahu melangkah masuk. Perasaaan bimbang, takut dan cemas masih membayangi diri saya, seorang guru praktikal di sekolah ini. Orang selalu kata, budak-budak yang bising dan gemar buat bermacam perangai adalah dalam kalangan murid-murid kelas belakang. Namun yang saya alami, sungguh berbeza. Saya telah diamanahkan untuk mengajar kelas 4 Amanah, kelas paling hadapan dari aspek pencapaian akademik dan sahsiah berbanding dua kelas yang lain. Nakal mereka, yaa ampun... Kadang, sampai tak boleh bawa bincang. Apa sahaja yang tak pernah dibuat untuk membendung tahap kenakalan dan keaktifan mereka yang sungguh, memenatkan. Sampaikan, ada seorang guru senior yang kata  "Kesian dekat adik  ni, dapat kelas 4A' Saya yang ketika itu turut berada dalam bilik guru, cukup sahaja dengan mendengar. Terangguk-angguk, sambil tersengih seperti kerang busuk....

SAYA RINDU AYAH

20/4/2023        Suatu hari ni, saya diberi amanah untuk mengganti sebuah kelas murid tahun 6. Kelas murid-murid yang sudah terbiasa dengan gelaran 'murid kelas belakang', 'budak-budak ketinggalan' dan bermacam lagi panggilan yang dikhaskan untuk mereka.  Sebenarnya,  sudah banyak kali menjadi guru ganti kelas tersebut.  Jadi walaupun tidak ingat sangat semua nama mereka, saya masih  dapat kenal muka setiap seorang. Bagusnya, anak-anak ini juga rajin sapa dan tegur jika bertemu kami  di mana-mana dalam kawasan sekolah, sekalipun kami bersepuluh hanya guru praktikum di situ. Perkara ini membuatkan saya sentiasa percaya, akhlak seseorang murid bukanlah berdasarkan mereka dari  'kelas depan' atau 'kelas belakang'. Yaa, nakal memang nakal, sekolah mana sahaja yang tiada murid nakal.  Namun, entah mengapa hati saya sentiasa tertarik untuk mengenali 'budak-budak kelas belakang' ini dengan lebih dekat. Tetapi tidaklah  bermaksud, saya...