PROJEK BUKU TULIPBIRU
PROJEK BUKU TULIPBIRU 1. INFAQ BUKU UNTUK MASJID, SURAU DAN R&R Sesebuah masjid tidak semestinya memiliki perpustakaan mini untuk menjadikannya salah satu pusat pembudayaan amalan membaca dalam kalangan masyarakat. Ia pasti memerlukan kos yang tinggi dan pelbagai aspek lain yang harus dipertimbangkan untuk menubuhkan perpustakaan dalam kawasan masjid. Cukup sekadar terdapat rak-rak kecil ataupun bakul yang diisi beberapa buah buku yang diletakkan di mana-mana sudut yang bersesuaian. Kita sedia maklum, sekalipun masjid tersebut berada dalam kawasan institut pengajian, ia juga kerap dikunjungi orang luar yang datang singgah untuk menunaikan solat. Bahkan, ada yang memilih masjid sebagai tempat berehat setelah seharian penat memandu. Ada juga yang membawa anak-anak ke masjid atau surau. Bukankah lebih cantik, andai isteri yang uzur syari’e dapat membacakan anaknya sebuah cerita sementara menunggu suami selesai menunaikan kewajipan kepad...