Posts

SEINDAH CINTA YUSUF 6

        Sementara itu, Geng Tiga Kacang Ketot sedang asyik berbual di atas pangkin bersebelahan pokok rambutan Tok Su Mid. Boleh tahan berani mereka bertiga ni, sudah laa puasa tahun lepas diperdajalkan orang tua itu.      "Hampa dua ni dah kenapa, daqi tadi macam cacing kepanasan. Dok ke hulu ke hilir, ada apa ? Tengok  kak, rileks jaa makan moktan Tok Su ni. Ada masalah ceqita laa, kita tiga dah macam adik beqadik. Peninglaa kak dengan hampa dua ni. Yang soqang tu dah macam esok lusa ni nak buka sekolah. Padahai cuti baqu jaa mula".     "Cuti memang baru start kak oii, masalah dia kami dua kena paksa pi kelas Bahasa Arab esok ni kat dewan. Ishh laa, BM pun kami jenuh nak pandai, ni nak kena cakap BA pula. Oqang baqu nak enjoy cuti”.     "Pula dah, baguih laa pi tusyen cuti-cuti ni. Buka sekolah nanti, tak dak laa macam katak bawah tempurung, sebab dah ada asas. Zaman kak dulu mana ada oqang nak buat tuisye...

SEINDAH CINTA YUSUF 2

  20/12/2023       Alex masih tegak berdiri di hadapan pintu kedai. Dia tersenyum seketika saat teringat kata-kata lelaki yang sudah dianggap seperti abang kandungnya itu.        "Kau ni bila bercakap, nampak lagi bertuhan daripada kami..."              Entah, kadang dia sendiri tidak faham. Apa yang dia boleh kata, ketika membaca al-Quran terjemahan Arab-Inggeris pemberian seorang perempuan dari masa silamnya, hatinya berasa sangat senang. Dia jatuh cinta dengan konsep ketuhanan yang diceritakan dalam kitab orang muslim itu. Hatinya sedikit terusik sampai tersenyum sendiri, barangkali juga teringat akan gemersik suara si gadis. Ia seolah-olah kembali menyapa halwa telinganya.   "Apalah kau Alex, ke situ pula berangan! Ini kalau tahu dek Yusuf Umair, mahu setahun aku dibahannya."        Dia mendapat al-Quran itu daripada seorang wanita muslimah, asal Malaysia. Kejadian ini berla...

PUISI: KETIKA LANGIT BERCERITA

 KETIKA LANGIT BERCERITA (8/12/2023) Ketika langit bercerita Awan pun mendengar setia Bumi menyambut penuh tawa Sampai akhirnya, turut lemas terasa Suara, dari luka-luka lama  Yang tidak pernah sembuh dengan kata Untuk kamu yang masih terluka, maaf kerana aku sedang juga ikut terluka tiada yang bisa ku bantu meski dengan lara cuma boleh meminta Tuhan Yang Maha Kuasa agar mengizinkan  langit untuk terus bercerita

SEINDAH CINTA YUSUF

  Pagi ini, macam biasa. Alex singgah sebentar ke kedai buku milik kenalannya. Seorang wanita pertengahan 30-an yang juga rakyat asal Korea Selatan dan sudah bermastautin di Malaysia hampir 15 tahun. Pada awalnya, Kim Ae Ri dan keluarganya berpindah ke Malaysia kerana si ayah yang mempunyai tuntutan pekerjaan di sini. Namun, setelah setahun, mereka sekeluarga memutuskan untuk terus menetap di Malaysia.  Selain keunikan masyarakat berbilang kaum yang terkenal dengan sikap mesra,  kehidupan di Malaysia adalah lebih menenangkan. Tidak seperti negara asalnya, maju memang maju. Tapi negara itu juga sinonim dengan kes bunuh diri tertinggi dalam kalangan generasi muda. Walaubagaimanapun, Ae-Ri turut terharu dengan pelbagai usaha giat yang dilakukan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan bagi mencegah pertambahan kes bunuh diri dan penyakit mental di sana. Ae-Ri sendiri seorang pejuang penyakit kemurungan kronik (Anxiety Disoder), maka dia faham kondisi orang-orang lain yang diuj...

CERITA DARI SEKOLAH (AWAK SUKA BACA BUKU APA?)

Image
 9/8/2024 (belum siap) Jujur, walaupun sudah hampir dua bulan mengajar kelas ini, tetap sahaja dada seakan sesak. Kaki seperti terlalu berat mahu melangkah masuk. Perasaaan bimbang, takut dan cemas masih membayangi diri saya, seorang guru praktikal di sekolah ini. Orang selalu kata, budak-budak yang bising dan gemar buat bermacam perangai adalah dalam kalangan murid-murid kelas belakang. Namun yang saya alami, sungguh berbeza. Saya telah diamanahkan untuk mengajar kelas 4 Amanah, kelas paling hadapan dari aspek pencapaian akademik dan sahsiah berbanding dua kelas yang lain. Nakal mereka, yaa ampun... Kadang, sampai tak boleh bawa bincang. Apa sahaja yang tak pernah dibuat untuk membendung tahap kenakalan dan keaktifan mereka yang sungguh, memenatkan. Sampaikan, ada seorang guru senior yang kata  "Kesian dekat adik  ni, dapat kelas 4A' Saya yang ketika itu turut berada dalam bilik guru, cukup sahaja dengan mendengar. Terangguk-angguk, sambil tersengih seperti kerang busuk....

SENI SEBAGAI TERAPI (belum siap)

Image
 29/7/2024 Sumber: Pinterest Medium:  Midjourny Art Pengkarya:  ThetaCursed Tajuk: A Young Boy With A hat Medium:  Pensil warna Pengkarya:  Nur Asilah binti Hashim Tajuk: Litte Smile Little Happiness (hasil karya di galeri seni institut)      Karya ini dihasilkan bagi sebagai salah satu tugasan pelajar Kursus Elektis Seni Dua Dimensi. Kursus elektif yang berjalan selama lebih kurang dua ke tiga bulan sahaja. Ini memandangkan kami sedang berada dalam semester pendek ketika itu. Awalnya, kami belajar bagaimana untuk melukis buah epal, membuat bayang pada subjek lukisan dan teknik mewarna menggunakan warna air ( watercolor) . Seronok dan teruja, sehinggalah mendapat tugasan untuk menghasilkan karya lukisan dengan teknik close up. Perasaan cuak, takut mula membayangi perjalanan kami sebagai pelajar elektif ini. Manakan tidak, kebanyakan yang masuk kelas ini, bukanlah ada pengetahuan, pengalaman mahupun kemahiran berkaitan lukisan seperti ini.  Mu...